CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1207|Reply: 0

[Pulau Pinang] Otai masak dadah dicekup

[Copy link]
Post time 20-11-2021 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Otai masak dadah dicekup
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 20 November 2021


Mustafa (tiga dari kiri) menunjukkan dadah dan peralatan memproses dadah pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada Sabtu.

GEORGETOWN - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang dan Kedah menahan seorang lelaki yang digelar 'otai' memasak dadah dalam serbuan dan Rabu lalu.


Suspek berusia 54 tahun itu ditahan bersama isterinya yang berusia 30 tahun ketika berada di dalam sebuah kereta di Permatang Nibong, Bukit Mertajam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, penahanan pasangan itu dilakukan sehari selepas polis menahan sepasang suami isteri di Bukit Mertajam pada jam 12 tengah hari Selasa lalu di rumah seorang rakan mereka.


"Kedua-dua suspek dibawa ke sebuah kereta yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di Air Itam, di sini dan menjumpai lima ketul ganja bernilai RM12,550.


"Selepas itu, kita memeriksa pula rumah keluarga wanita tersebut dan menemui dua peket plastik lutsinar dipercayai mengandungi 0.114 kilogram (kg) heroin bernilai RM3,990," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Sabtu.


Menurut Mustafa suspek yang ditahan sebelum itu berusia 50 tahun dan mempunyai enam rekod dadah manakala isterinya berusia 40 tahun itu mempunyai satu rekod dadah.


"Mereka dipercayai sebagai pengedar dadah di sekitar Bukit Mertajam dan di daerah Timur Laut," katanya.


"Pemeriksaan pada kereta yang dinaiki mereka menemui 13 bungkus dadah heroin seberat 5,245.9 gram yang dianggarkan bernilai RM70,300. Selepas itu, kita menyerbu pula sebuah rumah inap desa di Kulim, Kedah yang dijadikan makmal dadah.


"Di situ, kita merampas 375 gram satu ketulan mampat heroin, satu paket heroin seberat 60 gram, 12,000 gram serbuk kafein, sebotol cecair klorofom dan peralatan memproses dadah," katanya.


Polis merampas peralatan memproses dadah dan dadah dalam dua tangkapan pada 16 dan 17 November lalu.
Beliau berkata, suspek menyewa rumah inap desa terbabit dengan kadar sewa RM1,300 sebulan bagi menjalankan kegiatan mereka.


"Pasangan ini sering berpindah randah bagi mengaburi mata pihak polis. Mereka berada di situ sejak tiga minggu lalu. Pemilik inap desa berkenaan tidak mengetahui kegiatan suspek dan kita sudah mengambil keterangannya namun siasatan masih dijalankan.


"Suspek lelaki bertindak sebagai tukang masak dadah yang dipercayai dipelajarinya sejak puluhan tahun lalu melalui rakan-rakannya malah dia sedang melatih beberapa rakannya cara untuk memasak dadah.


"Kita sedang mengesan mereka yang menjadi 'anak murid' kepada suspek ini. Suspek memperoleh bekalan dadah daripada Sungai Petani, Kedah dan memprosesnya sebelum menyerahkan kepada pasangan suami isteri pertama yang ditahan untuk diedarkan," katanya.


Katanya, suspek lelaki telah terlibat dengan penagihan, pemprosesan dan pengagihan dadah sejak tahun 1995.


"Kedua-dua pasangan suami isteri ini saling mengenali dan merupakan ahli sindiket memproses dan membekal dadah. Mereka aktif semula sejak pertengahan tahun ini dan bekalan adalah untuk pasaran tempatan.


"Nilai kesemua dadah dan sebuah kereta jenis Honda Civic yang dirampas berjumlah RM171,840. Kesemua dadah yang dirampas mampu menampung 64,139 penagih.


"Tiga daripada suspek positif dadah dan mereka direman bermula 18 hingga 24 November. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... masak-dadah-dicekup
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.053412 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list