CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1154|Reply: 0

[Kedah] Mohon cetak semula punca terbongkar

[Copy link]
Post time 19-11-2021 08:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 19-11-2021 08:49 PM

Mohon cetak semula punca terbongkar

Oleh Izad Thaqif Hassan - November 19, 2021 @ 5:37pmbhnews@bh.com.my




Aksesori berkaitan yang disyaki digunakan sindiket pengurniaan Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (DSDK) yang tidak diiktiraf. - Foto ihsan PDRM




ALOR SETAR: Kegiatan sindiket menjual darjah kebesaran tidak diiktiraf di negeri ini, dipercayai terbongkar selepas seorang 'penerima' memohon membuat cetakan semula watikah dan surat akuan pingat berkenaan.



Menurut sumber, permohonan itu dilakukan seorang lelaki berusia 57 tahun yang menghantarnya melalui e-mel kepada seorang pegawai kanan pentadbiran Ogos lalu.



"Kandungan e-mel terbabit menyatakan lelaki berkenaan pernah menerima Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (DSDK) yang dikurniakan kepadanya pada 2015.



"Bagaimanapun, pegawai kanan terbabit melakukan semakan melalui unit berkaitan di pejabatnya dan kepada Pejabat Jemaah Dato-Dato Kedah sebelum mendapati nama lelaki itu tidak wujud dalam rekod sebagai penerima," katanya ketika dihubungi, hari ini.



Pegawai kanan terbabit turut membuat semakan sama ada lelaki berkenaan menerima DSDK sebelum atau selepas 2015, namun gagal menemui sebarang rekod penerimaan.



"Berikutan itu, pegawai kanan berkenaan mengesyaki lelaki terbabit memperoleh gelaran 'Datuk' melalui cara tidak diiktiraf sebelum membuat laporan polis.



"Susulan daripada laporan itu, polis mengesan dan menahan ahli sindiket dan beberapa individu yang menggunakan darjah kebesaran tidak diiktiraf dalam operasi khas," katanya.



Media semalam, melaporkan seramai 19 individu berusia antara 30 hingga 63 tahun terdiri daripada pelbagai golongan termasuk ahli perniagaan ditahan dalam Op Watikah yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.



Difahamkan, antara modus operandi digunakan sindiket ialah mendekati individu tertentu yang mempunyai wang dan menawarkan gelaran Datuk kepada mereka sekiranya menderma kepada pihak istana dalam jumlah tertentu.



Seorang individu iaitu lelaki berusia 40-an yang ditahan polis Jumaat lalu di Selangor, mendedahkan dia 'menderma' hingga RM200,000 bagi mendapatkan gelaran berkenaan.



Selain itu, seorang daripada ahli sindiket turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas dua pertuduhan terbabit dalam kegiatan menjual darjah kebesaran negeri yang tidak diiktiraf.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.054478 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list