View: 1415|Reply: 2
|
Bakar Rumah Adik Sebab Tak Sokong Abang Sendiri Jadi Ketua Kampung
[Copy link]
|
|
Seorang anggota Perlindungan Masyarakat Desa Watumbelar di Sumba Timur, Nusa Tenggara Timur yang dikenali sebagai Niko membakar rumah seorang penduduk dalam satu kejadian semalam.
Menurut polis, tindakan itu dilakukan kerana Niko berang mangsa tidak menyokong calon ketua kampung yang dicadangkannya untuk bertanding dalam pemilihan ketua baharu.
Kredit foto: Okezone
Selain itu, calon ketua kampung tersebut juga merupakan abang kandung mangsa.
“Berdasarkan soal siasat, Niko memberitahu dia berasa sakit hati selepas mangsa enggan menyokong calon ketua kampung yang dicadangkannya, sebaliknya menyokong calon lain.
“Mangsa juga dikatakan ‘melupakan pertalian keluarga’ kerana tidak menyokong abang sendiri,’ ujar jurucakap polis, Handrio Wicaksono.
Dalam pada itu, Handrio memaklumkan, polis masih menyiasat jika ada pihak lain terlibat dalam kejadian tersebut.
Katanya, mangsa mengalami kerugian sekitar 40 juta rupiah (RM11,752) akibat kebakaran itu.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
indon dgn hati busuknya munafiknya mmg tak boleh pisah |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis pentingkan diri mana difikirnya akibat pada saudara sendiri pada hal kalau adiknya sokong pun belum tentu boleh memang |
|
|
|
|
|
|
| |
|