CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1609|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Penjara, denda tinggal anak dalam kereta

[Copy link]
Post time 19-11-2021 05:09 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.



Kuala Lumpur: Ibu bapa atau penjaga yang didapati cuai dengan meninggalkan anak kecil bersendirian di dalam kenderaan tanpa pengawasan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan amaran itu sebagai peringatan khususnya kepada ibu bapa kerana mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan itu akan dikenakan tindakan tanpa kompromi.

"Tiada alasan! Tiada kompromi! Kealpaan anda membawa padah.

"Kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.



Menurut PDRM, jika disabitkan kesalahan, mereka akan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Media sebelum ini melaporkan beberapa kejadian kanak-kanak maut akibat ditinggalkan di dalam kenderaan dengan kejadian terbaharu berlaku di Seremban, Negeri Sembilan pada 12 Oktober lalu.

Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut setelah ditinggalkan kira-kira tiga jam di dalam van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan.

Pada 28 April lalu pula, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan lebih lima jam di dalam kereta oleh neneknya di Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor Bahru.

Sementara itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia akibat strok haba setelah empat jam ditinggalkan dalam kereta yang dipandu pengetua tadika di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah, pada 16 Mac lalu.

Disiarkan pada: November 19, 2021 @ 4:00pm


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.062481 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list