CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1104|Reply: 0

[Kedah] Permintaan telur ayam tidak terjejas

[Copy link]
Post time 18-11-2021 07:38 PM | Show all posts |Read mode
Permintaan telur ayam tidak terjejas
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 18 November 2021


Kavikumar mengakui harga telur ayam sentiasa berubah-ubah dan mengalami kenaikan berbanding awal bulan lalu.

SUNGAI PETANI - Bekalan dan permintaan telur ayam di bandar ini tidak terjejas meskipun harga makanan itu dikatakan meningkat sejak awal bulan lalu.


Nurul Afzan Aminudin, 37, berkata, harga telur ayam disedari meningkat dan berubah-ubah, namun telur tetap menjadi barangan makanan wajib beli.


Menurutnya, pada kebiasaan telur ayam dibeli sekitar RM10 sepapan (30 biji), namun kini boleh mencecah sehingga RM12 atau RM13 sepapan bagi gred A.


"Saya kira bukan telur ayam sahaja naik harga, tetapi barangan keperluan lain juga mengalami kenaikan harga menyebabkan perbelanjaan keluarga turut meningkat," jelasnya.


Mohd Roslan Ramli, 31, berkata, peningkatan harga telur ayam sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perbelanjaan isi rumah.


"Perlu pandai berjimat dalam keadaan sekarang ini, yang mana penting didahulukan, telur ayam boleh dikatakan satu keperluan, jadi tetap kena beli," katanya.


Usman Mohamad, 49, berkata, jika dibandingkan dengan barangan keperluan lain, telur ayam masih mampu dibeli dan mudah dijadikan menu hidangan keluarga.


"Saya tak sedar harga meningkat tetapi jika kerajaan boleh kurangkan (harga) lagi bagus," jelasnya.


Gan Tai Ji, 30, berkata, kerajaan sepatutnya memberi perhatian kepada harga pasaran telur ayam yang menjadi permintaan tinggi khususnya golongan B40.


"Jika ada ketetapan, sudah pasti peniaga tidak sesuka hati menaikkan harga, bagaimanapun, telur ayam tetap menjadi pilihan biarpun harga meningkat," katanya.


Bagi Mariaman Subramiam, 46, setakat ini, harga telur ayam masih berpatutan dan mampu milik.


Sementara itu, Pengurus Cawangan Econsave Bandar Puteri Jaya, Kavikumar Muniandy berkata, peningkatan harga telur ayam disedari berlaku sejak awal Oktober lalu.


"Harga ketika itu mencecah sekitar RM13 sepapan (gred A), RM12.50 (gred B) dan RM11 (gred C) berikutan peningkatan harga ayam mentah di pasaran.


"Bagaimanapun, selepas dua minggu, harga telur ayam berlaku penurunan dan kini (November) ia naik semula.


"Harga terkini telur ayam ialah RM12.50 sepapan (gred A), RM12.20 (gred B) dan RM10.70 (gred C)," katanya.


Katanya, biarpun harga telur ayam dalam tempoh dua bulan ini sentiasa berubah-ubah, namun bekalan dan permintaan tidak terjejas.


"Pengguna tetap membeli seperti biasa dengan permintaan paling tinggi membabitkan telur ayam gred C mencecah 36,000 biji seminggu diikuti gred A dan B masing-masing 18,000 biji seminggu," jelasnya.


Beliau menjelaskan, terdapat premis yang menawarkan harga rendah berbanding harga pasaran, bergantung kepada pengguna untuk membuat pilihan terbaik.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ayam-tidak-terjejas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.104280 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list