CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1339|Reply: 0

COVAX berjaya edar 500 juta dos vaksin kepada negara termiskin

[Copy link]
Post time 18-11-2021 12:43 PM | Show all posts |Read mode
COVAX berjaya edar 500 juta dos vaksin kepada negara termiskin

November 18, 2021 @ 12:10pm



Gambar hiasan. - Foto EPA



GENEVA: Lebih 500 juta dos vaksin COVID-19 sudah diedarkan di seluruh dunia menerusi program COVAX yang bertujuan untuk akses global yang saksama kepada inokulasi.

COVAX ditubuhkan untuk memastikan negara miskin mendapat bekalan suntikan tetapi berlaku sebaliknya apabila negara kaya menempah dos berlebihan dari negara pengeluar.

COVAX, yang diketuai bersama oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Persekutuan Vaksin GAVI, dan Gabungan Inovasi Kesiapsiagaan Epidemik (CEPI), pada awal tahun ia berharap dapat mengedarkan dua bilion dos pada 2021.

Menurut Ketua Eksekutif GAVI, Seth Berkley, usaha keras dan dedikasi luar biasa daripada rakan kongsi dan pekerja kesihatan, COVAX mengedarkan 500 juta vaksin COVID-19 ke 144 negara dan wilayah.

Katanya, 92 wilayah penyertaan termiskin boleh mengakses suntikan secara percuma melalui COVAX, dengan penderma menanggung kosnya.

"COVAX berdepan cabaran pada 2021 dalam bentuk larangan eksport, kekurangan bekalan dan nasionalisme vaksin.

"Namun kini, ketibaan vaksin di negara miskin kini semakin meningkat dengan pantas ketika kami berusaha untuk memastikan negara mempunyai seberapa banyak dos yang mereka mampu uruskan.

"Apabila penderma dan pengilang menyatakan bila dos tiba, negara boleh merancang pelancaran nasional berskala besar dan ini satu-satunya cara merapatkan jurang vaksinasi global," katanya.

Bagaimanapun, GAVI berkata lima daripada negara termiskin di dunia iaitu Chad, DR Congo, Congo, Haiti, Sudan Selatan dan Yaman tidak mempunyai dos yang mencukupi untuk mencapai vaksinasi dua peratus daripada penduduk mereka.

Skim pembangunan dan perolehan kolektif COVAX ditubuhkan untuk mengatasi kemungkinan bahawa sebahagian besar dunia akan dinafikan akses kepada mana-mana vaksin.

Menurut unjurannya, ia seharusnya berkuat kuasa sepanjang 2022. -

Sementara itu, WHO memaklumkan lebih 3.3 juta kes coronavirus baharu dilaprkan minggu lalu, naik enam peratus berbanding minggu sebelumnya.

Hampir 50,000 kematian baharu dilaporkan dalam tempoh sama, dengan semua wilayah dilaporkan stabil atau menunjukkan trend menurun kecuali Eropah yang merekodkan peningkatan lima peratus.

Pada peringkat global, virus yang mula dikesan pada akhir 2019 itu kini sudah menjangkiti 255,622,423 mangsa dan mengorbankan 5,137,018 nyawa di 222 negara serta wilayah. - AFP










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.064206 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list