CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1459|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Bayar cukai di kaunter bergerak

[Copy link]
Post time 17-11-2021 08:03 PM | Show all posts |Read mode

AMINUDDIN menyerahkan replika kunci van kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap di Wisma Negeri, hari ini. FOTO Mohd Amin Jalil.



Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan membelanjakan sebanyak RM1.2 juta bagi membantu Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) menyediakan perkhidmatan kaunter kutipan cukai bergerak di seluruh negeri.

Perkhidmatan menggunakan van itu dapat memudahkan orang ramai terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman menjelaskan cukai masing-masing tanpa perlu ke bandar.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, enam unit van yang diubah suai digunakan bagi tujuan itu dan diserahkan kepada pejabat daerah kecuali Seremban dan Port Dickson.

"Van ini bakal digunakan sebagai kaunter kutipan cukai tanah bergerak di kawasan luar bandar yang akan memulakan operasi pertengahan Disember ini.

"Selain pembayaran cukai tanah, urusan lain yang boleh dilakukan melalui kaunter ini adalah carian maklumat hak milik pembayar, cetakan bil cukai tanah dan semakan.

"Kerajaan negeri berharap kaunter bergerak ini dapat memudahkan penduduk luar bandar berurusan tanpa perlu hadir ke kaunter utama di bandar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO dan pelancaran kaunter cukai bergerak di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Turut hadir, ahli EXCO dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Ab Malek.

Aminuddin berkata, perkhidmatan di kaunter berkenaan akan ditambah dari semasa ke semasa termasuk kutipan cukai pintu, carian persendirian dan carian rasmi.

Beliau berkata, kerajaan negeri terus berusaha untuk mendapatkan kutipan hasil yang baik bagi keperluan pembangunan dan membantu rakyat.

"Kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kekangan kesan daripada pandemik, namun kita terus bekerja untuk mendapatkan kutipan hasil yang lebih baik, bagi kepentingan rakyat.

"Kita masih berusaha untuk memastikan sasaran kutipan cukai dapat dicapai dalam sebulan lebih ini," katanya.

Mengenai situasi Covid-19, beliau melahirkan kebimbangan berikutan berlaku peningkatan kes baharu wabak itu berbanding di Melaka yang sedang menghadapi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Negeri Sembilan merekodkan kes baharu Covid-19 sedikit tinggi berbanding Melaka ketika ini.

"Saya berharap rakyat negeri ini supaya terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP)," katannya.

Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 4:37pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2021 09:13 PM | Show all posts
ni terbaik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049412 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list