Pejabat Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilaporkan menukar warna biru pada bendera kebangsaan negara ini yang dikibarkan di sekitar Istana Elysee.
Warna biru pada bendera tersebut digelapkan untuk kelihatan seperti selepas revolusi Perancis.
Kredit foto: Time News
Lapor The Guardian, pembantu presiden memaklumkan perubahan itu berlaku pada Julai tahun lalu dan tiada sesiapa menyedari perkara tersebut sehingga kini.
Tentera laut Perancis menggunakan warna biru laut sejak abad ke-18 apabila bendera mula menjadi simbol revolusi.
Perancis memperkenalkan bendera kebangsaannya dengan warna biru lebih terang pada tahun 1970-an.
Berdasarkan laporan stesen radio Europe 1, langkah tersebut digalakkan oleh pengarah operasi kepada Macron, Arnaud Jolens dan penasihat Bruno Roger-Petit dengan dorongan daripada pegawai tentera laut yang membentuk ketua kakitangan tentera Elysee pada masa itu.
Menurut pegawai, warna biru laut dianggap lebih elegan namun mereka juga merasakan ia ‘bersambung semula dengan simbol revolusi Perancis’.
Kredit foto: Getty Images
Beberapa pihak lain pula mempunyai teori berlainan antaranya warna biru lebih gelap yang nyata berbeza dengan tona biru pada bendera Kesatuan Eropah (EU) menandakan keretakan antara Perancis dan Eropah.
Sementara itu, pembantu presiden menafikan dakwaan kononnya perubahan berkenaan menandakan ‘penentangan terhadap warna biru yang digunakan pada bendera Eropah’.
Post time 17-11-2021 06:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Digging the new color. Macam classy ke apa tak tahu nak describe.
Kenapa lah negara ni pilih letak bintang 14 bucu dengan bulan sabit, punya sakit hati masa sekolah rendah bila kena lukis bendera. Benci tengok hasil tak symmetrical tapi memang dah padam lukis banyak kali sampai berbekas kertas tu pun tak jadi macam gambar dalam buku
Post time 17-11-2021 08:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mclaren replied at 17-11-2021 06:28 PM
Digging the new color. Macam classy ke apa tak tahu nak describe.
Kenapa lah negara ni pilih letak ...
Iols setuju pasal susah nak lukis bendera tu hahha...
Sesekali iols juga rasa kecewa kenapa bendera kita tu, masa dipertandingkan dulu, pilih design yg macam America punya jalur. Pastu Mohamed Hamzah tu sebenarnya warnakan jalur tu warna biru. Tapi pihak berkuasa yg tukar jadi merah, lagilah serupa.
Pasal jalur merah putih tu ada at least 2 versi explanation.
satu teori dari British East India Company satu lagi jalur merah putih Majapahit yg coincidentally (?) juga digunakan Indonesia, Singapore dan UMNGOK (not to mention Monaco & Poland terbalik). Having said that, I have to agree the similarity between bendera US dgn Malaysia tu so glaring. Lain kalau ada bau2 union jack tu boleh juga nak konar bab sejarah.
Anyway pernah dulu Haiti dgn Liechtenstein tak sedar bendera sama sampai jumpa di olimpik Munich. Lepas tu balik baru modify bendera
Post time 18-11-2021 12:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Decaffeinated replied at 17-11-2021 09:41 PM
Pasal jalur merah putih tu ada at least 2 versi explanation.
satu teori dari British East India C ...
Pada pendapat peribadi aku bendera Malaysia sepatutnya variant mcm indonesia, dengan warna merah dan putih. Bendera Singapura pun mcm tu. Tapi memandangkan design bendera Malaysia dipilih dari pertandingan melukis bendera maka aku malas nak komen mengenai taste juri pertandingan tu. Anyway design jalur merah putih tu asal-usul dari British East India Company. Jadi ada la unsur sejarah penjajah. Amerika pun copy bendera sama. Kenapa design tu boleh menang pun aku tak faham. Mungkin design lain lebih buruk?
walopon dah terlambat, meh iols ajaq camne nak lukis mcm ori... pakai pensel 2b
amik kertas minyak yg see through.. pastu tekap kat gambaq bendera mesia.. lukis bahagian yg ada masalah nak dilukis, over garisan asal kat gambaq bawah tuh..
lepas dah tekap.. di sebalik kertas minyak tuh, kaler dgn pensel 2b atopon hb, pastu tekap atas buku yg nak kena lukis tuh.. go over the drawn lines. bila diangkap kertas minyak tuh, nnt nampak bekas pensel dan lukis semula. dapat la rupa bintang 14 bucu yg menepati citarasa..
sekian...
mende nih iols amalkan kalau ada gambaq yg iols tak reti lukis tapi kena buat.. takpun, pakai karbon paper.. tak tau la karbon paper masih dijual ke tak.
Post time 18-11-2021 03:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
ultra78 replied at 18-11-2021 12:25 AM
Pada pendapat peribadi aku bendera Malaysia sepatutnya variant mcm indonesia, dengan warna merah d ...
Bendera kita sepatutnya warna biru dgn.bulan bintang kuning tu je. Jalur 14 tu dah redundant dgn.14 bucu bintang. Maksud warna merah & putih tu generic sangat, tak spesifik dlm.konteks local atau rakyat.