CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1228|Reply: 0

[Borneo] 'Tak perlu gubal undang-undang baharu tangani isu perkauman'

[Copy link]
Post time 17-11-2021 01:44 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk menggubal satu undang-undang baharu seperti Undang-Undang Keharmonian Kaum kerana undang-undang sedia ada sudah memadai dan selari dengan konsep Keluarga Malaysia.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata berdasarkan undang-undang sedia, mereka yang sengaja mencetuskan atau mengeluarkan sebarang kenyataan menggugat perpaduan dan keharmonian rakyat khususnya berkaitan isu perkauman, boleh disiasat dan didakwa.

"Sesiapa yang mencetuskan suasana yang menggugat perpaduan boleh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

"Selain itu, mereka juga boleh disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu kesalahan mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan M Prabakaran yang ingin mengetahui sama ada satu rang undang-undang baharu untuk menangani isu perkauman seperti Akta Perpaduan Negara yang akan bersifat adil dan saksama untuk semua kaum di Malaysia.

Ahmad Fayhsal berkata, bagi kesalahan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan kesalahan menghasut siasat mengikut Subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).

Menjawab soalan tambahan Parabakaran mengenai kajian indeks perpaduan, beliau berkata, ia sudah dijalankan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan apabila selesai akan dimaklumkan kepada ahli Parlimen.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) sama ada Biro Tata Negara (BTN) akan diadakan semula, katanya, tiada sebarang cadangan untuk mewujudkan kembali agensi itu pada masa ini.


credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.436530 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list