CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8251|Reply: 101

Dah Menang Anugerah, PU Riz Tak Akan Tolak Tawaran Berlakon

[Copy link]
Post time 17-11-2021 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Andaian pendakwah bebas, PU Riz, 26, sudah mengakhiri kerjaya lakonannya nyata tidak benar. Apatah lagi, berjaya menggenggam trofi Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 bersama Wanna Ali menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa.


Kemenangan pertamanya itu tidak sama sekali menjadi penamat terhadap perjalanan dan minat Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail dalam persada seni.


Pengakuan Riz sekali gus khabar angin mengatakannya sudah tidak mahu terbabit dengan dunia persada seni selepas mendirikan rumah tangga dengan selebriti popular, Neelofa.


Foto: IG






"Tiada istilah permulaan atau penamat dalam dunia seni. Jika ada rezeki, saya tidak akan menolak untuk berlakon.


"Tetapi, tentu pilihan saya kisah dakwah dan konsep Islamik. Kenapa saya mahu menolak jika kena pada waktu. Saya boleh sahaja mempertimbangkan tawaran jika ada watak yang sesuai.


"Saya tidak terfikir mahu menghilangkan diri terus, masih akan ada dalam radar seni. Cuma, sekarang saya memang banyak kerja dan memikul tanggungjawab termasuk bertugas sebagai guru sementara serta perniagaan," katanya kepada BH Online.


  



Riz yang kini turut menjalankan perniagaan menjual pakaian Islamik menerusi jenama Nun Ha ditemui ketika hadir menerima trofi kemenangan bagi kategori Gandingan Serasi Filem Popular, ABPBH 34.


"Apapun, saya mahu mengucapkan terima kasih penganjur, BH dan ABPBH 34 atas pengiktirafan ini, biarpun ada calon yang lagi hebat.


"Saya anggap ini sebagai rezeki dan pembakar semangat," katanya yang melakonkan watak Khaliq dalam filem arahan Rahila Ali dan terbitan Pencil Pictures & Records.




  



Mengulas keterbukaannya untuk berlakon di sisi isterinya, Riz yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti, Pencetus Ummah musim keempat itu sangat terbuka.


"Saya tiada masalah berlakon bersama isteri. Bagaimanapun, ia atas persetujuan Neelofa, jadi kena tanya kepadanya sendiri.


"Bagi saya berlakon bersama isteri mungkin lebih senang. Cuma, tidak mahu ada babak mesra berlebih-lebihan. Sekadar apa adanya, saya boleh mempertimbangkan," katanya.


Bercerita pengalaman bergelar guru sementara di sebuah sekolah menengah di Sri Petaling, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Korban Kasih mengajar pelajar tingkatan satu serta dua.




  



"Saya mengajar subjek Bahasa Inggeris dan akan mengganti guru Pendidikan Islam jika perlu.


"Ketika awal bertugas, memang ada pelajar datang minta berswafoto. Memang 'havoc' sedikit.


"Saya mengajar dengan dengan niat mahu mencurahkan ilmu kepada pelajar, lama kelamaan keadaan menjadi lebih terkawal dan hilang dengan sendiri," katanya.


Mengalih sisi peribadi, Riz mengakui, kehidupan rumah tangga yang dibina bersama Neelofa berjalan dengan baik.


"Alhamdulillah, kehidupan kami kini lebih elok. Tidaklah sampai tahap sempurna, ada juga cacat cela.


"Mana ada pasangan suami isteri okey setiap masa," katanya.




  



Hakikatnya, kehidupan Riz dan Neelofa mencuri perhatian selepas mendirikan rumah tangga pada Mac lalu.


Daripada sudut positif hingga negatif, momentum kisah pasangan romantis itu tidak pernah padam, malah, terus hangat dengan pelbagai isu sensasi dan kecaman.


"Soal kecaman sudah menjadi perkara biasa. Ada orang suka dan sebaliknya.


"Selagi mengenali dan mengetahui apa yang kena diperbaiki, buatlah. Yang baik diambil, perkara buruk pula dijauhi.


"Yang ditegur itu juga kena ambil sebagai tegahan untuk tidak melakukan kemungkaran. Namun, jangan sampai hilang fokus kerana setiap hari kita berusaha menjadi lebih baik," katanya.


Mengulas tempias kontroversi dilalui isteri, Riz enggan mengulasnya.


"Namun, sebagai lelaki dan pemimpin, saya kena memastikan keadaan jadi sebaik mungkin. Baik atau buruk, saya perlu memimpinnya," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2021 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ke dia berBI? Musykil pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Serious la ko ajar english? Ya ampunnnnn habis rosak english bdk² dpt cikgu mcm ko. I feel bad for the kids for having u as a teacher. Mcm english students aku je level ko nihhhhhh.
Ish vid pgg trophy tu bangla much.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 12:45 PM | Show all posts
nampaknya hasil bergigihan beli undi pukal dan suruh agen2 susu kurta kambuihhh belakang umah mengundi membawa hasil... cumanya macam biasa rhoperrrr tak herlokkk mana... sebagai pelakon pembantu je sesuai tu pun lalu lalang dekat belakang set je.... nak jadi hero memang semua penonton katup tv la...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 12:45 PM | Show all posts
agak2 piyu kalau mengajar tunjuk punai tak? hahahaah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 12:53 PM | Show all posts
serius la???? mmg ko gila glemer la. masih lagi nk duk dlm dunia lagha?? fake betul hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2021 12:59 PM | Show all posts
Edited by Masukkeluar at 17-11-2021 03:07 PM
MyLadyMarmalade replied at 17-11-2021 12:42 PM
Serious la ko ajar english? Ya ampunnnnn habis rosak english bdk² dpt cikgu mcm ko. I feel bad for  ...

koleksi caption dak piyu yg merapu dan meraban. hahaha cikgu apa mcm ni, ejaan BM tunggang langgang.

  


  

  


  


  


Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Masukkeluar replied at 17-11-2021 12:59 PM
koleksi caption dak piyu yg merapu dan meraban. hahahacikgu apa mcm ni, ayat tunggang langgang.



Dalam BM pun tunggang langgang..dalam english terus bunyi yinglishhhhhh..my kids can construct better and correct grammatical sentences compared to him.
Tulaaaa, dulu srh buat asgmnt ko kalut copy paste kawan punya.
Ya Allah, lindungilah pelajar² itu. Hopefully mak pak bdk² hntr tuition jugak..kalau tak nanti terus berabuk skipping bangla..eh i mena yinglish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Usetaz burung acah bagus ni paham ke idak konsep abp ni.. ko menang anugerah couple tu atas undian fanatik ko jer.. Kalau ko x kawin ngan lofake kalah la ko.. Ko bukan ada nama pun,  bakat pun kelaut.. Poyo jer lebih, mcm bagus Kemain ko mendayuskan laki org,  patutnya ko x pyh la ada dlm dunia lagha dunia lakonan yg pompuan x pakai tudung jadi heroin ni Ciss konon x nak aksi berlebihan konon blakon ngan binik ... puiii sampah ko punyer statement.. video laki binik pun over kemain berpeluk2 , bermanja2 Cakap mcm keling... So fake.. : ko punyer poyo n cakap berpusing berpisah tiada..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ambik watak paki jual carpet
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dia penah ckp english dgn media x? teringin nak dengar..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Masukkeluar replied at 17-11-2021 12:59 PM
koleksi caption dak piyu yg merapu dan meraban. hahahacikgu apa mcm ni, ayat tunggang langgang.



Ya ampuunnn awat berterabur sgt ayat bm dia? Google Translate ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 02:09 PM | Show all posts
erk sekolah blh bwk smartphone ke? gigih student nk selfie dgn dia kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 02:40 PM | Show all posts
Macam mana kau boleh jadi cikgu bahasa Inggeris ni haa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 02:42 PM | Show all posts
nak juga berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 02:57 PM | Show all posts

mana tahu lepas ni dpt abp pelakon drama/filem laki popular..saing siang laki seteru dia.hahahahah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangladeshi punya bm lagi paham dari kau
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pigidah ko mmg gila glamer. Nak masuk hero remaja tak dpt kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ni x kira hipokrit ke. Kemain nasihat org kiri kanan tp ko lepas dpt award tros nk masok berlakon dunya lagho balik..

Wat malu je lah die nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudungpink replied at 17-11-2021 01:19 PM
Usetaz burung acah bagus ni paham ke idak konsep abp ni..  ko menang anugerah couple tu atas un ...

Itu la. I tgok yg menang semua mcm acah2 terkejut.
Padahal berabih beli undi n soh fan club undi.
Eww sgt level award nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.283255 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list