View: 6307|Reply: 70
|
[Tempatan]
Pesawat TUDM Hawk MK108 terhempas 10.07 malam tadi. Seorang terbunuh, seorang cedera
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 17-11-2021 01:03 PM
Pesawat TUDM dikhuatiri terhempas
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI | | 16 November 2021
BUTTERWORTH - Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth TUDM di sini, malam Selasa.
Sumber berkata, kejadian melibatkan pesawat Hawk MK108 bersama dua juruterbang itu berlaku pada jam 10.07 malam di dalam pangkalan udara milik TUDM tersebut.
Bagaimanapun, keadaan dua juruterbang tersebut belum diketahui dan Sinar Harian masih menunggu pengesahan dari pihak TUDM.
AKAN MENYUSUL
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada video tak?
Al-Fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Butterworth? Ni tempat radar yg.overlooked MH370 dulu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Cemana boleh terbunuh? Ejector tak function ka? Sprm eloklah start jeling2 yer |
|
|
|
|
|
|
|
takziah..lama xde citer terhempas gini |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..takziah buat keluarga..semuga keluarga terima berita dengan reda..siasatan telus harap dijalankan |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ckp dah.zaman bee end ni, anything can happen.petanda buruk.pesawat terhempas la,planet terhempas,hempas datang lagi..tibah... |
|
|
|
|
|
|
|
rebah sebelum berjuang.....
BOI and no cover up please.... |
|
|
|
|
|
|
|
baru je haritu tutup tender utk ganti pesawat ni...
emmm...patut takyah terbang dah |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah buat family mangsa
Bila dgr berita ni awal pg terdetik juga agak lama x dgr kejadian seumpama ini, moga xde lg selps ini, kesian pd mangsa dan family |
|
|
|
|
|
|
|
Dua Dentuman Sangat Kuat, Api Marak- Juruterbang Terbunuh Pesawat Terhempas
Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth di Butterworth, Selasa malam.
Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia dalam nahas berkenaan.
Sementara itu, Mejar Mohd Fareez Omar dilaporkan mengalami kecederan berada dalam keadaan selamat dan stabil dan kini sedang diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya.
Foto: Bernama
Bunyi deruan pesawat yang luar daripada kebiasaan dan diikuti dengan dentuman kuat mengejutkan penduduk yang tinggal berhampiran dengan Pangkalan TUDM di Butterworth, Selasa malam.
Peniaga, Mastura Mohammad Nordin, 44 berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.07 malam itu membuatkan dia meluru melihat apa yang berlaku di landasan Pangkalan TUDM yang tidak jauh dari gerainya di Kampung Benggali, Sungai Puyu, di Butterworth.
Menurutnya, selepas mendengar dentuman kuat sebanyak dua kali dia melihat pesawat terbakar di atas landasan.
"Saya memang dah biasa dengan bunyi pesawat tetapi kali ini memang lain.
"Ketika ia hampir mendarat saya dengar dua dentuman sangat kuat sebelum melihat api marak ketika pesawat itu terhempas," katanya ketika ditemui media berhampiran lokasi kejadian.
Dalam pada itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua anggota yang terlibat dalam insiden itu.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan TUDM mengesahkan berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk MK108 di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth di Butterworth.
Dalam satu kenyataannya, TUDM berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 10.07 malam, Selasa.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM, jenazah Mohamad AffendI sedang diuruskan untuk tindakan selanjutnya. - CARI
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
takziah... dah patut check dah jentera pertahanan kita ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalilah, takziah... Tengok gambar elok je pesawat tu nak mendarat, ada technical failure la tu atau hilang kawalan... Sekali bila pesawat terbakar memang habis agitteww |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada semua yg terkesan |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah buat keluarga si mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 17-11-2021 09:35 AM
Innalilah, takziah... Tengok gambar elok je pesawat tu nak mendarat, ada technical failure la tu ata ...
Kejadian waktu malam. Yang gambar kat atas tu gambar hiasan artikel, waktu siang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|