CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8010|Reply: 130

[Tempatan] Pakar Kewangan Azizi Ali kata Sikap boros punca RM1200 tak cukup.1200 boros???bayar hutang kete dan rumah apa yg tinggal?

  [Copy link]
Post time 17-11-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 17-11-2021 11:32 AM

PETALING JAYA – Kakitangan awam yang menerima gaji minimum sebanyak RM1,200 bakal berdepan krisis kewangan yang teruk terutama bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Pakar Ekonomi, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul La­tiff berkata, gaji pokok penjawat awam yang diterima ketika ini adalah lebih rendah daripada purata pendapatan isi rumah kasar yang direkodkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2020 iaitu sebanyak RM7,089.

“Selain itu, gaji permulaan kakitangan awam juga berada di bawah Pendapatan Garis Ke­miskinan negara iaitu sebanyak RM2,208.

“Jumlah itu juga jauh lebih rendah daripada purata per­belanjaan isi rumah terutama di Selangor (RM5,830), Kuala Lumpur (RM6,913) dan Putrajaya (RM7,980)” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sudah tiba masanya kakitangan awam di negara ini menikmati gaji permulaan yang lebih tinggi bagi memastikan mereka tidak terbeban dengan pelbagai masalah termasuk bebanan hutang.

“Gaji minimum RM1,200 harus dinaikkan. Langkah ini bukan sahaja dapat memastikan pekerja tidak terbeban dengan masalah kewangan, malah meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Dengan kenaikan gaji minimum ini, ia dapat memastikan golongan tersebut tidak berada dalam keberhutangan dan menghadapi pelbagai masalah lain seperti masalah sosial selain mental akibat daripada tekanan hidup,” katanya.

Dalam pada itu, pakar kewa­ngan, Azizi Ali pula membe­ritahu, sikap boros berbelanja menjadi salah satu kepada penyumbang punca gaji minimum RM 1,200 yang diterima penjawat awam pada setiap bulan ketika ini tidak mencukupi.

Lebih parah, gaji bulanan yang diterima tidak diuruskan de­ngan baik serta teliti sehingga ada yang terpaksa melakukan dua pekerjaan, berhutang dan mengikat perut.

“Perbelanjaan secara tidak berhemah dan melebihi kemampuan ini berpunca daripada tidak mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang mencukupi.

“Mereka yang berbelanja secara berlebihan harus mempu­nyai disiplin dan belajar cara urus kewangan dengan baik,” katanya.

Tambah Azizi, terdapat pelbagai platform termasuk YouTube yang membincangkan mengenai pengurusan wang secara berhemah selain bahan dalam bentuk cetakan untuk rujukan orang ramai.

‘’Pengurusan kewangan perlu dikawal dengan teliti bermula dari sekarang. Sampai bila perlu melakukan dua pekerjaan. Sehingga umur pencen?’’ tegasnya.

Tambahnya lagi, isu ber­belanja melebihi kemampuan bukanlah satu perkara yang baharu dan ia perlu dikikis agar kehidupan lebih terjamin.

Kosmo! Ahad lalu melaporkan gaji minimum sebanyak RM1,200 bagi penjawat awam dianggap sudah tidak relevan lagi terutamanya untuk menampung peningkatan kos sara hidup pada masa kini.

Presiden Kongres Kesatuan PekerjaPekerja Di Dalam Per­khidmatan Awam, Datuk Adnan Mat berkata, situasi tersebut menyebabkan ada dalam kala­ngan penjawat awam yang terpaksa melakukan dua pekerjaan semata-mata untuk memastikan keperluan keluarga dapat disediakan sepenuhnya.

https://www.kosmo.com.my/2021/11/16/penjawa...ah-klang-tenat/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2021 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Boros kejadahhhhh kalo dah beli bihun goreng pepagi kat gerai nasik lemak pun dah 3-4hengget
Tu belum lagi kira rega nasik lemaknye
Takde keta, naik lrt bas hari2 nak pi keja pun 3-4hengget jugak per way
Bodo punye azizi ali
Haloooooo cg hawa awat anak menakan ampa makin tua makin abadi eksyennya haaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 09:32 AM | Show all posts
pakar kewa­ngan, Azizi Ali pula membe­ritahu, sikap boros berbelanja menjadi salah satu kepada penyumbang punca gaji minimum RM 1,200 yang diterima penjawat awam pada setiap bulan ketika ini tidak mencukupi.


mislead lah tajuk kau tt
bkn statement prof ya psl boros tu

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Azizi Ali yang cakap camtu bukan AM tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
TT YgBenak eh @YgBenar nak bukak thread, tapi apa yg dia tepek dia sendiri tak baca.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 17-11-2021 09:32 AM
Boros kejadahhhhh kalo dah beli bihun goreng pepagi kat gerai nasik lemak pun dah 3-4hengget
...

Azizi ali ni dl pilot kan
Rumah arwah parents dia kat kg guru tu teruk kena mkn anai2 aritu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2021 09:46 AM | Show all posts
1200 dikatanya boros... dia neh hidup zaman purba ke guane
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 17-11-2021 09:45 AM
Azizi ali ni dl pilot kan
Rumah arwah parents dia kat kg guru tu teruk kena mkn anai2 aritu

Kerjaya hakiki dia mmg pilot pun. Sebok dok beli rumah merata, ujong2 rumah makpak hang reput makan anai2 ish ish
Mak menakan dia bff mak acik. Ada sorang kazen heshe nama sodri ensem oiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2021 09:56 AM | Show all posts
sukacactus replied at 17-11-2021 09:45 AM
Azizi ali ni dl pilot kan
Rumah arwah parents dia kat kg guru tu teruk kena mkn anai2 aritu

ya .. pilot MAS bawa A380 .. skrg ni tak tau la cemana katanya A380 ni MAS dah tak nak guna .. pre covid pun, byk guna utk charter flight umrah je
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 09:57 AM | Show all posts
TT x baca artikel ke hape ni?
Yang cakap boros Azizi, bukan PM Dr. Ahmed Razman
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 10:12 AM | Show all posts
baru nak beli buku si azizi ali ni..nmpaknya da boleh banned la si tua ni..puihhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 10:49 AM | Show all posts
Tak tau nak berjimat cermat macam mana dah zaman sekarang ni...

beli barang dapur dan masak hari-hari, bawak bekal anak beranak hari-hari pun, kelaut jugak budgetnya kan...

kalau makan kat kedai hari-hari tak tahu le ke laut dalam mana tah kan..hahah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ada nnti forumer dulu 10 or 20 tahun lepas ok je gaji 800 bla3.. budak sekarang lemah bla3..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
TT bodoh naharom baca dulu kasi paham la beballlllllll...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 11:14 AM | Show all posts
ada yg iols kenal gaji 1.2k da kawen isteri x keje, anak da 2. confuse iols gi mana dia survive.... iols yg hidup sendiri2 ni jah pun sebulan dekat 600-800 habis sebulan buat makan utk diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 17-11-2021 09:53 AM
Kerjaya hakiki dia mmg pilot pun. Sebok dok beli rumah merata, ujong2 rumah makpak hang reput maka ...

Hahaha sempat!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2021 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh pya pakar kewangan… baik ko jd pondan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
airisa replied at 17-11-2021 09:56 AM
ya .. pilot MAS bawa A380 .. skrg ni tak tau la cemana katanya A380 ni MAS dah tak nak guna .. pre ...

Ooo…dia dah berpuluh tahun gaji byk gitu, paham ke org yg hidup dgn 1.2k sebulan kat big city zaman skrg ni kan
Takat cakap je boleh la
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 11:18 AM | Show all posts
Orix replied at 17-11-2021 11:14 AM
ada yg iols kenal gaji 1.2k da kawen isteri x keje, anak da 2. confuse iols gi mana dia survive....  ...

isteri dia yg x keje tu sediakan makann utk family diorang..save byk bila prep mkn sendiri..kos bahan mentah je

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 11:23 AM | Show all posts
penjawat awam ada ke gaji rm1200?
kalau basic rm1200 pun ada elaun macam-macam dekat rm1800 juga la sebulan..
pada i gaji 10k pun kalau kau tak reti berbelanja ikut gaji, tetap tak cukup..
kalau dah gaji below 2 ribu tu, tak payah la berangan nak beli honda condo kayangan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.230631 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list