CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1873|Reply: 7

Mohon Benarkan Pelakon Kanak-Kanak Berlakon

[Copy link]
Post time 16-11-2021 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Siti Rosmizah memohon kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memberi kelonggaran terhadap pembabitan pelakon kanak-kanak untuk penggambaran drama.


Siti Rosmizah berkata, setakat ini mereka tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Finas dan berharap sangat supaya watak kanak-kanak dibenarkan untuk terbabit dalam penggambaran drama.




Foto: Harian Metro




"Lagipun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sudah maklumkan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun boleh menerima suntikan vaksin dan perlu mendapat kebenaran ibu bapa masing-masing.


"Jadi, sekiranya ibu bapa pelakon kanak-kanak ini sanggup untuk anak mereka divaksin, adakah Finas akan benarkan kanak-kanak ini berlakon?


"Saya takut nanti kalau mereka sudah mendapatkan vaksin, tapi mereka masih tak boleh berlakon," katanya dalam sidang media secara maya mempromosikan kesinambungan drama Cukup Derita Itu yang bakal menemui penonton bermula hari ini di slot Samarinda TV3.




Menurut Siti Rosmizah, sebagai penerbit dia terkilan apabila skrip dan jalan cerita drama Cukup Derita Itu


terpaksa dirombak kerana tiada pembabitan pelakon kanak-kanak.


"Bayangkan bagaimana watak Ellani (lakonan Ruhainies) yang terpaksa membawa watak sedih tanpa ketiadaan anak di sisi.


"Dia hanya terpaksa bermain dengan prop seperti katil bayi untuk menarik perasaan sedih sedangkan tiada sesiapa di dalam itu. Bagi saya, ia menyukarkan emosi pelakon untuk menjayakan watak itu dan tidak sempurna di mata saya.


"Saya berharap perkara ini dapat dipertimbangkan semula kerana awal tahun depan saya bakal memulakan penggambaran drama 7 Hari Mencintaiku 3, jadi macam mana saya nak masukkan watak kanak-kanak kalau tak boleh.


"Sekiranya masih tidak dibenarkan saya terpaksa juga rombak semula skrip disebabkan perkara ini. Takkan dalam satu drama tiada langsung watak kanak-kanak," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2021 01:20 PM | Show all posts
sabar-sabar la... dah boleh shoot tu kira ok dah tu walaupun in the end drama cam panterkkk jugak walaupun dah bubuh pelakon kanak2 semua....

btw ruhainies kepam dan desa nan permai betul dalam drama ni...
macam tengok drama jawa teemor atau south africa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2021 01:23 PM | Show all posts
dan satu lagi iolsss rengsa betulll si didie alias punya sanggul... hello ko nak jadi makcik melayu ke dayak dekk???

melayu punya sanggul pakai tembaga atau besi... bukannya pakai bulu ayam kena sembelih rompol2 warna warni macamtu... eee nak je aku piii cabut sanggul dia tu... nauzubillah min zalik mainan anak panah kedai eco anak sapa ko ambik didie oiii!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2021 01:28 PM | Show all posts
sanggul perempuan melayu...





sanggul didie alias dalam drama ni
(sarat macam ayam nak kena sembelih lepastu bulu ayam tu rhoper macam di celup dalam pewarna nasi kerabu dan air sirap )



taktau la sanggul melayu dayak ke atau era sebelum srivijaya..

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia pakai dream catcher kt kepala ke? Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau drama sampah, kau bubuh la sekalian umur tetap sampah jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2021 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Naaak gak lagi sambung cerita 7 Hari Mencintaimu tu? Bluerghh
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 03:12 PM | Show all posts
Sanggul Didie Alis ada dreamcatcher ko mampoo?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.060029 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list