View: 1940|Reply: 8
|
Wanita Kesunyian Wasiat Harta Hampir RM560 Ribu Kepada Penarik Beca
[Copy link]
|
|
New Delhi: Bagi membalas budi, seorang wanita berusia 63 tahun di bandar Cuttack, Odisha, India sanggup mewasiatkan seluruh hartanya sekitar 1 crore rupee (RM559,623) kepada penarik beca yang menjaganya sejak kematian suami dan anak.
India Times melaporkan Minati Patnaik menyerahkan rumah tiga tingkat di kawasan Sutahat, barangan kemas dan semua aset lain kepada penarik beca bernama Budha Samal.
Difahamkan, Budha bersama isteri dan dua anak lelakinya berkhidmat untuk Minati dan ahli keluarganya.
Foto: India Times
Minati yang berasal dari Sambalpur berkahwin dengan Krishna Kumar Patnaik, hartawan di bandar Cuttack dan sebelum ini hidup gembira bersama anak perempuan mereka, Komal.
"Suami saya meninggal dunia pada 2020, manakala anak perempuan saya meninggal dunia tahun ini. Selepas kematian mereka, semua harta ini tiada lagi nilai buat saya.
"Ketika saya meratap kesedihan, tiada saudara mara berada di sisi saya. Saya keseorangan.
"Bagaimanapun, penarik beca ini dan keluarganya menjaga kesihatan saya tanpa diminta," katanya.
Ketika suami dan anak perempuan Minati masih hidup, Budha juga melayani mereka.
Selepas kematian dua beranak itu, Budha dan keluarganya mengabdikan diri untuk berkhidmat kepada Minati yang kesepian itu.
Selepas melihat kesungguhan, perkhidmatan tanpa jemu dan komitmen Samal, Minati nekad dengan keputusan itu.
"Kini, tiada siapa yang akan mengganggu Budha dan keluarganya selepas kematian saya," katanya.
Menurut Budha, dia sudah berkhidmat dengan keluarga Minati sejak 25 tahun lalu dan tidak pernah mengimpikan harta itu.
Dia juga tidak pernah membawa penumpang lain di dalam becanya.
"Saya sentiasa berusaha untuk memastikan keluarga saya sentiasa menjaga Minati selepas kematian suaminya. Kami akan terus menjaganya selagi dia masih bernyawa," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga sedara2 keling -400 Minati tak bunuh keluarga si penarik becha kerana tak puas hati mahu bolot harta. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak cakap benda yang sama...
Silap2 penarik beca tu mati kena bunuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini kisah majikan yg terbaikkk |
|
|
|
|
|
|
|
majikan yg menghargai pekerjanya...
harap2 Budha selamat dari gangguan .. |
|
|
|
|
|
|
|
Setia betul. Memang patut dapat camtu. |
|
|
|
|
|
|
|
ohh jadinya pergaduhan akibat merebut harta bernilai puluh2 crore rupee dalam citer hindi tu 50% nilai duit kita la kan.. banyak2.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap minati x mati dibunuh jugak sbb nk harta awal |
|
|
|
|
|
|
|
majikan mcm ni selalu didambakan.. hahah |
|
|
|
|
|
|
| |
|