CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1612|Reply: 0

[Melaka] PRN Melaka: Berkuda keliling kampung sambil berkempen

[Copy link]
Post time 15-11-2021 11:23 PM | Show all posts |Read mode
PRN Melaka: Berkuda keliling kampung sambil berkempen[size=0.8][size=0.9]BERNAMA

[size=0.9]

[size=0.9]
NORAZLANSHAH menunggang kuda untuk bersiar-siar di sekitar kampung sambil berkempen. Foto Bernama

[size=0.9]


[size=0.9]
Jasin: Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (Dun) Serkam dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tampil dengan cara tersendiri, bersiar-siar menunggang kuda sambil berkempen di sekitar Kampung Paya Tanjung di sini, untuk memperkenalkan diri kepada pengundi.

Datuk Norazlanshah Hazali bekas pensyarah universiti awam itu menunggang kuda berwarna coklat di badan dengan tompok putih di kaki diberi nama Bonita yang memaparkan poster pilihan raya beliau mengandungi nombor giliran calon, nama beliau dan simbol pen yang diletakkan pada sisi pelana.

"Sebagai seorang Islam menunggang kuda adalah salah satu (amalan) mengikut sunnah dan disebabkan kekangan untuk berkempen dalam norma baharu ketika ini dan ia juga cara untuk beramah mesra dengan penduduk dan menyampaikan mesej mengapa mereka perlu mengundi saya pada PRN kali ini untuk mewakili suara mereka.

"Disebabkan pandemik agak sukar untuk kita mendekati penduduk secara dekat, jadi kita sebaik mungkin cuba mematuhi prosedur operasi standard (SOP) digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," kata Norazlanshah ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Norazlanshah yang berusia 41 tahun mempunyai Ijazah Doktor Falsafah Sains Makanan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhasrat untuk menyelesaikan isu yang dihadapi nelayan di Dun Serkam serta berhasrat menyediakan perumahan mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah.

Dun Serkam yang mempunyai seramai 15,977 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Norazlanshah, Ahmad Bilal Rahudin daripada Perikatan Nasional (PN), Muhammad Khomeini Kamal daripada Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Zaidi Attan wakil Barisan Nasional (BN).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Dun Serkam dimenangi penyandangnya Zaidi daripada BN dengan majoriti 2,737.

SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal esok, berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Disiarkan pada: November 15, 2021 @ 10:55pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.054497 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list