Kredit foto: IG
"Nilah gown yang katanya tak siap."
Pereka fesyen terkenal, Jimmy Couture membebel meluahkan rasa kesal selepas Miss Grand Malaysia 2021, Lishalliny Kanaran menolak busana rekaannya di saat akhir.
Menerusi Instagram, Jimmy mendedahkan berhabis beribu ringgit untuk mengeluarkan modal bagi menyiapkan ‘Evening Gown’ berwarna hijau yang sepatutnya dipakai ratu cantk terbabit di peringkat ‘Preliminary’.
Jelasnya, hanya berlaku kesilapan teknikal yang boleh diperbaiki dengan mudah.
Bagaimanapun, Lisha yang tampil dengan sebuah video di IG menjelaskan bahawa keputusan menolak busana rekaan Jimmy itu bukan bersifat peribadi, sebaliknya ia keputusan sebulat suara bersama pasukannya.
Namun, Jimmy dilihat masih tidak bertenang dan mendakwa Lisha dan pasukannya banyak 'pusing' cerita.
"Ni bukan drama tapi ni sinetron .. no more ! Tq pl Malaysia yg support jimmy selama ni .. yg masih mahu keep@in touch dengan jimmy jimmy terima dengan hati terbuka."
Mungkin tidak tahan dengan tekanan berhubung isu ini, Jimmy mengucapkan selamat tinggal pada 'dunia pageant Malaysia'.
Kredit foto: IG
Team Lisha 'play victim' atau memang Jimmy kuat sentap seperti didakwa sesetengah pihak? - CARI
|