CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1136|Reply: 0

[Borneo] Akta baharu berkaitan judi dalam talian perlu digubal

[Copy link]
Post time 15-11-2021 02:55 PM | Show all posts |Read mode


Undang-undang baharu berkaitan judi dalam talian perlu digubal bagi membolehkan aktiviti tersebut dapat dipantau dengan lebih berkesan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Zahidi berkata buat masa ini, ketiadaan akta khusus berkenaan judi dalam talian menyukarkan pemantauan kerana domain dan protokol internet laman sesawang yang digunakan untuk kegiatan berkenaan boleh ditukar-tukar.

Beliau berkata akta berkaitan judi sedia ada ialah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang hanya melibatkan kegiatan judi di premis.

“Ada premis baru boleh tangkap, kalau tak ada rumah judi tak boleh tangkap sebab tak ada akta. Kalau akta online (dalam talian) tak ada, maksudnya kita kena buat akta baharu,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Aziz Jamman (Warisan-Sepanggar) yang mahu tahu koordinasi antara pihak kementerian dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau aktiviti judi dalam talian.

Zahidi berkata di bawah undang-undang itu nanti, kegiatan tersebut boleh dilesenkan bagi mengutip cukai yang kemudiannya digunakan semula untuk membiayai kos pemantauan.

Berhubung usaha mengatasi isu mesej spam yang mempromosikan judi dalam talian, beliau berkata kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan audit pengesahan data pelanggan talian telefon prabayar bagi memastikan semua nombor aktif disahkan sewajarnya.

“Ini penting bagi mengelakkan nombor-nombor berkenaan disalah guna pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan jenayah termasuk penipuan dan mempromosi judi dalam talian.

“Dari 2018 sehingga 31 Okt lepas, sejumlah 20,025 talian telefon ditamatkan atas kesalahan spam SMS yang mempromosikan judi dalam talian, pinjaman tidak berlesen dan lain-lain,” katanya.

Bagi tempoh sama juga, 4,799 laman web judi dalam talian disekat berdasarkan permohonan rasmi pihak PDRM, atas kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953. - Bernama



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.057102 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list