CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 629|Reply: 5

Mudah Diserang Strok, Tidur Lebih 9 Jam Boleh Bawa Maut?

[Copy link]
Post time 15-11-2021 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Menurut kajian, orang dewasa yang tidur sembilan jam atau lebih pada waktu malam dan tidur lama pada waktu siang adalah 85 peratus lebih berkemungkinan diserang strok berbanding mereka yang tidur dalam tempoh normal mahupun sederhana.


Penyelidik, termasuk mereka dari Universiti Sains dan Teknologi Huazhong di China yang menjalankan kaji selidik melibatkan 31,750 orang di China dengan purata umur 62 tahun untuk tempoh enam tahun.




Gambar hiasan




Pada peringkat awal, kumpulan terlibat tidak mempunyai sebarang sejarah strok atau masalah kesihatan utama lain, bagaimanapun sepanjang tempoh penyelidikan, mereka mencatatkan 1,557 kes strok.


Kaji selidik itu menggariskan soalan tentang tabiat tidur peserta termasuk pada waktu siang, dan kualiti rehat mereka.


Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neurology, menyatakan lapan peratus individu akan tidur tengah hari selama lebih daripada 90 minit, dan 24 peratus peserta mengatakan mereka tidur sembilan jam atau lebih setiap malam.


Hasil kajian mendedahkan bahawa orang yang tidur sembilan jam atau lebih setiap malam adalah 23 peratus lebih berkemungkinan untuk diserang angin ahmar, berbanding orang yang tidur kurang lapan jam setiap malam.




Gambar hiasan




Menurut penyelidik, orang yang tidur kurang daripada tujuh jam setiap malam, atau antara lapan dan kurang sembilan jam setiap malam, tidak lebih berkemungkinan mendapat strok berbanding mereka yang tidur dari tujuh hingga kurang lapan jam setiap malam.


Kajian itu turut mendapati faktor lain yang boleh menjejaskan risiko strok seperti tekanan darah tinggi, diabetes, dan merokok.


Penyelidikan juga mendedahkan orang yang mempunyai kualiti tidur yang kurang baik adalah 29 peratus lebih berkemungkinan untuk diserang strok berbanding orang yang mengatakan mereka mempunyai tidur yang lena.


"Keputusan ini membuktikan kepentingan tidur siang yang sederhana dan tempoh tidur serta mengekalkan kualiti tidur yang baik, terutamanya pada orang dewasa pertengahan umur dan lebih tua," kata pengarang bersama kajian Xiaomin Zhang dari Universiti Sains dan Teknologi Huazhong.


Zhang menekankan bahawa kajian itu tidak membuktikan hubungan antara tidur siang yang lama, tidur dan strok, tetapi hanya menunjukkan kaitannya.


Malah, para penyelidik juga mengakui kajian itu datang dengan beberapa batasan juga.




Gambar hiasan




Antaranya adalah maklumat tentang tidur dan tidur siang diambil daripada soal selidik, bukan daripada rakaman tidur sebenar.


Kajian itu juga menyatakan bahawa data mengenai gangguan tidur seperti berdengkur ketika tidur tidak dikumpul.


Kajian itu melibatkan individu dewasa Cina yang lebih tua dan sihat, jadi hasilnya mungkin tidak terpakai kepada kumpulan lain, kata para penyelidik.




Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2021 11:39 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 07:04 AM | Show all posts
I didn't know about this research. I am the one who takes at least sleep of 12 hours at night and also short naps in the afternoon or evening whenever it is possible!! Because I am a designer and I have a lot of work to do like designing Women’s Rainbow Pastel Moto Faux Leather Jacket and other such jackets are in trend nowadays and in high demand by people around the globe. So I make sure to rest properly and take full sleep whenever it is possible. But now I have to work on it and make it lesser!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 11:42 AM | Show all posts
Apa2 yang berlebihan pasti akan memudaratkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku terlebih tidur akn sakit urat
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 05:12 PM | Show all posts
Genuvenue is the best company Wedding Venue in Alberta. We provides a variety of services from event coordination, food and beverage, photography, floral design, and DJ services. That's why we've created this handy guide as an introduction to some of Alberta finest hotels.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic
Happy New Year 2022 Warga CARI!
XimHappy New Year 2022 Warga CARI!
Views : 863 Replies : 93
Kuin keris v60
owhgeeKuin keris v60
Views : 69192 Replies : 1922
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 48359 Replies : 1074
[ILMU MUDAH]: COFFEE (KOPI)..SELAMAT KE?
ipes2[ILMU MUDAH]: COFFEE (KOPI)..SELAMAT KE?
Views : 45138 Replies : 503
PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PENGERING, PETI SEJUK. PROFESSIONAL REPAIR
a开心果PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PEN
Views : 29736 Replies : 507
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 50280 Replies : 337
Lagu cina
namemysoulLagu cina
Views : 26 Replies : 17
Brand New Massage Chair Kerusi Urut Healthcare Zero Gravity Space Capsule
冷寂雨-紫雨Brand New Massage Chair Kerusi Urut Heal
Views : 20871 Replies : 627
Wanita maut digilis tren selepas ditolak lelaki kurang siuman
ultra78Wanita maut digilis tren selepas ditolak
Views : 1285 Replies : 31
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 9668 Replies : 562



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-1-2022 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.083419 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list