CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 348|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gesa laksana langkah keselamatan lindungi budak di bangunan tinggi

[Copy link]
Post time 15-11-2021 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Gesa laksana langkah keselamatan lindungi budak di bangunan tinggi[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


TANGKAP layar daripada video tular.



Georgetown: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) digesa mengambil tindakan segera bagi melaksanakan langkah keselamatan berkesan untuk melindungi kanak-kanak tinggal di bangunan tinggi.

Ia susulan video tular di media sosial memaparkan kanak-kanak perempuan anggaran usia tujuh hingga lapan tahun, memanjat pagar di balkoni sebuah pangsapuri dan berjalan di tebingnya.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, paparan video itu menunjukkan sesuatu sangat nyata dan ngeri, malah boleh menyebabkan kematian jika tersalah langkah.

Beliau berkata, paling membimbangkan ialah kejadian seumpamanya mungkin berlaku lebih kerap daripada disedari.

"Kita perlu menerima realiti bahawa akan sentiasa ada keluarga mempunyai anak kecil tinggal di bangunan tinggi, seperti rumah pangsa berikutan kekangan kewangan.

"Kita perlu memahami ibu bapa tidak boleh memerhati anak mereka setiap masa, malah kanak-kanak sentiasa ingin tahu dan tidak akan sentiasa mendengar serta mematuhi nasihat ibu bapa.

"Kita tidak mengetahui keseluruhan situasi kanak-kanak itu dalam video berkenaan, tetapi cara tergesa-gesa bagi melepasi pagar dan kembali ke balkoni menunjukkan dia mungkin sudah diberitahu supaya tidak memanjat pagar dan mengetahui sedang melakukan sesuatu tidak sepatutnya, " katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Menerusi video berdurasi 33 saat dipercayai berlaku di Selayang, Selangor itu, kanak-kanak berkenaan dilihat melepasi pagar balkoni di tingkat tinggi pangsapuri dan berjalan di tebing sebelum dilihat tergesa-gesa memanjat semula pagar di balkoni terbabit.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, mantan Menteri KPKT, Datuk Zuraida Kamaruddin pada 2018 berkata, pihaknya akan mengkaji pelaksanaan langkah keselamatan baharu di bangunan tinggi selepas beberapa tragedi maut membabitkan kanak-kanak terjatuh dari tingkat atas bangunan.

Beliau menyatakan tidak mahu rumah berasa seperti penjara dengan membuat pagar terlalu tinggi tetapi kementerian akan melihat semula struktur bagi melihat sama ada spesifikasi perlu diubah.

Dalam laporan berkenaan, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984) menetapkan pagar balkoni bangunan tinggi tidak boleh kurang daripada satu meter tinggi.

"CAP ingin tahu apa sudah dilakukan KPKT selepas kenyataan ini dibuat sejak 2018?

"Kita percaya bagi mengelakkan sebarang tragedi membabitkan kanak-kanak dan balkoni daripada berlaku, langkah keselamatan mesti disepadukan ke dalam struktur bangunan itu sendiri.

"Seperti dapat kita lihat menerusi video, kanak-kanak itu boleh memanjat pagar balkoni ke tebing bermakna balkoni bangunan itu tidak selamat," katanya.

Disiarkan pada: November 15, 2021 @ 12:18pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.081935 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list