CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1316|Reply: 0

Tak vaksin: Bayar kos di ICU

[Copy link]
Post time 14-11-2021 10:24 PM | Show all posts |Read mode
Pekerja asing di Singapura dikuarantin di dalam asrama. - Foto hiasan AFP



SINGAPURA: Pesakit COVID-19 yang sengaja tidak mahu mengambil pelalian dan dirawat di unit penjagaan rapi (ICU), mungkin dikenakan bayaran hampir SGD$25,000 tanpa subsidi.

Kementerian Kesihatan Singapura berkata, kos dengan subsidi jauh lebih rendah.

Katanya, jumlah SGD$25,000 anggaran bil hospital bagi mereka yang memerlukan rawatan ICU dan terapi COVID-19.

"Subsidi kerajaan dan perlindungan MediShield Hayat boleh mengurangkan bil sebanyak SGD$2,000 hingga SGD$4,000 bagi warga Singapura yang layak di wad bersubsidi.

Kementerian itu berkata, pesakit COVID-19 boleh menggunakan MediSave untuk membantu membiayai baki jumlah di ICU.

Kerajaan negara itu mengumumkan bermula 8 Disember, mereka yang tidak divaksinasi mesti membayar bil perubatan mereka sendiri, jika dijangkiti COVID-19.

Peraturan itu untuk kumpulan yang boleh mengambil pelalian COVID-19 tetapi memilih untuk tidak mengambilnya. Mereka ialah kumpulan besar pesakit COVID-19 yang dirawat di ICU.

Jika mereka dihantar ke kemudahan rawatan COVID-19, Kementerian Kesihatan berkata, bayaran dijangka kira-kira SGD$4,500 bagi penginapan tujuh hari.

"Bagi warga Singapura, selepas subsidi dan MediShield Hayat, bayaran bersama sekitar SGD$1,000".

Katanya, bayaran berbeza-beza bergantung pada tahap serius pesakit dan jenis kemudahan COVID-19 untuk mereka.

Antara lain, terdapat juga Kemudahan Pengasingan Masyarakat (CIF).

Buat masa ini, pelancong dan pemegang pas jangka pendek dikenakan bayaran untuk penginapan di CIF.

"Warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang tidak divaksinasi yang tidak ke luar negara dalam tempoh 14 hari, sebelumnya tidak dikenakan bayaran bagi penginapan di CIF," katanya. - AGENSI



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.054173 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list