CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4684|Reply: 17

DOA kan Fara Fauzana...

[Copy link]
Post time 14-11-2021 09:33 PM | Show all posts |Read mode
Fara Fauzana positif Covid-19


Fara Fauzana

Kuala Lumpur: Penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin di rumah sejak Isnin lalu.

Fara menerusi akaun Instagram miliknya berkata, dia menjalani ujian saringan selepas menjadi kontak rapat kepada seorang individu.

"Hari kelima selepas kali terakhir jumpa kontak rapat sila buat ujian saringan di hospital atau klinik yang berdaftar, 'self test' takut tak dapat keputusan yang betul.

"Masa hari saya nak buat ujian saringan saya dah mula batuk dan pening kepala.

"Nak tunggu keputusan agak mendebarkan, walhal dah selalu buat ujian saringan.  Saya kena tunggu 24 jam dan hari esoknya baru pihak hospital hubungi untuk beritahu keputusan," katanya yang turut berkongsi beberapa tips sebaik mengetahui dirinya positif  Covid-19.

Menurut Fara, dia pada mulanya enggan berkongsi berita dirinya positif wabak berjangkit itu, namun disebabkan kes Covid-19 semakin meningkat dia ingin memberi kesedaran kepada orang ramai.

"Mula-mula tak nak kongsi tapi bila fikir kes makin naik, marilah kita saling ingat-mengingati lagi dan lagi.

"Sebaik dapat tahu diri positif Covid-19, kita kena terus hubungi siapa kontak rapat yang kita jumpa tiga hingga lima hari sebelum kita jalani kuarantin di rumah untuk keselamatan.

"Jangan takut untuk maklumkan pada mereka yang kita positif dan minta mereka buat ujian saringan dan jalani kuarantin di rumah jika perlu.

"Tiga hari sebelum saya positif Covid-19, jika agak kacau dan sensitif lain macam. Waktu ini jangan nak buat lawak sangat dengan orang kena Covid-19, isu lambat pun boleh jadi hal tapi sekarang dah okey," katanya.


SumbeR:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... na-positif-covid-19

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2021 09:37 PM | Show all posts
Bermula sebagai kontak rapat, Fara Fauzana pula positif Covid-19



PETALING JAYA – Selepas menjadi kontak rapat dan menjalani kuarantin kendiri sejak Isnin lalu, pengacara yang juga penyampai radio terkenal Fara Fauzana akhirnya disahkan positif covid hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fara atau nama lengkapnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 41, memberitahu dia dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapat seseorang yang turut dijangkiti wabak tersebut.

Ujar bekas pengacara program Melodi itu, selepas hari pertama mendapat tahu kontak rapatnya positif Covid-19, dia terus melakukan kuarantin kendiri di rumah sejak Isnin lalu.

“Apabila tahu sahaja saya menjadi kontak rapat (individu positif Covid-19), saya terus kuarantin kendiri di rumah sejak Isnin lalu.

“Selepas hari kelima berjumpa dengan kontak rapat, saya buat ujian calitan Covid-19 (PCR) di hospital dan terus pulang ke rumah,” ujarnya.

Ujarnya lagi, sewaktu melakukan ujian calitan tersebut, dia sudah mengalami batuk-batuk dan pening kepala selain seluruh anggota badannya terasa sakit seperti dicucuk-cucuk.

“Tunggu keputusan kali ini agak mendebarkan sedangkan saya sudah selalu buat ujian calitan Covid-19. Saya kena tunggu sehingga 24 jam sebelum dihubungi pihak hospital yang mengesahkan saya positif Covid-19,” katanya.

Selepas mendapat tahu dirinya turut dijangkiti wabak tersebut, Fara berkata dia terus menghubungi kontak rapat yang pernah ditemuinya sekitar tiga hingga lima hari sebelum dia melakukan kuarantin kendiri pada Isnin lalu.

“Jangan takut untuk maklumkan pada mereka bahawa kita positif Covid-19. Minta mereka buat ujian calitan dan lakukan kuarantin kendiri jika perlu.

“Nasib baik saya jenis terus balik rumah selepas habis bekerja dan kalau jumpa sesiapaun, saya tak bersalaman atau berpelukan,” ujarnya.

Dalam hantaran tersebut, Fara yang kini kembali mengendalikan segmen Hot Rakyat Rangers bersama AG dan Fad di Hot.fm berkata, pada tiga hari pertama selepas disahkan positif, dia mengakui berada dalam keadaan sedikit sensitif dan mengalami ‘jiwa kacau’.

“Waktu itu tak boleh terima lawak sangat dengan sesiapa. Benda lambat pun boleh jadi hal. Tapi sekarang dah okay,” katanya. – K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2021 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh. Don't let our guard down walaupun x de pkp
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2021 09:44 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh kaka para pojana... aminnn...
di minta doakan sheolss yach.. jangan tenung lama2 gambar sheolss tu nanti terhantar ain pulak secara tak sengaja....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2021 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik nak komen pasal sheols yg takde kena mengena dgn kobid
Haaaaaa kalo fafau ni baru betoi tak jadi kawin tuari, bukan mcm miss terdampar yg forever buat ucapan besday utk bakal imam ujong2 dampar, dampar lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2021 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Syafakillah kaka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2021 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh Fafau
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 12:21 AM | Show all posts
Semoga setakat Kat1 atau 2 je......   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2021 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 07:28 AM
dudaberhias replied at 14-11-2021 09:44 PM
semoga cepat sembuh kaka para pojana... aminnn...
di minta doakan sheolss yach.. jangan tenung lama2 ...


............
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 07:28 AM

...........
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 10:41 PM
Acikgomen replied at 14-11-2021 09:57 PM
Acik nak komen pasal sheols yg takde kena mengena dgn kobid
Haaaaaa kalo fafau ni baru betoi tak j ...


..........
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes mencanak naik blk ek…adui, lama dh x folo kes harian…huhu

Get well soon fafau
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 08:05 AM | Show all posts
gws fafau                                             
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 08:46 AM | Show all posts
get well soon fara...


patut la sejak last week dorg on air dari rumah.
harini pun ada je fara on air
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2021 04:47 PM | Show all posts
kalau jadi kontak rapat tak ada gejala lepas 7 hari..kena kuarantin lagi ke. tapi self test 2 kali negative
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2021 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 14-11-2021 09:44 PM
semoga cepat sembuh kaka para pojana... aminnn...
di minta doakan sheolss yach.. jangan tenung lama2 ...

wow
kakadud ade soft spot utk fafau
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2021 08:32 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.558453 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list