CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 586|Reply: 0

[Kedah] Peruntukan ADUN ditambah, Speaker dapat peruntukan khas

[Copy link]
Post time 14-11-2021 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Peruntukan ADUN ditambah, Speaker dapat peruntukan khas
ROSLINDA HASHIM | | 14 November 2021


Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR - Peruntukan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah ditambah sebanyak RM50,000 bagi memenuhi keperluan masyarakat di kawasan masing-masing.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, peruntukan khas turut diberikan buat pertama kalinya kepada Speaker DUN dengan jumlah yang sama.


Menurutnya, peruntukan sebanyak RM50,000 disediakan kepada setiap DUN bagi melaksanakan pembaikan kecil di bawah Program Desa Sejahtera.


“Melalui peruntukan ini, ADUN boleh bantu golongan miskin seperti menggantikan atap rumah yang bocor, baiki kerosakan dapur atau menggantikan lampu rosak.


“Program bantuan kepada golongan terjejas pendapatan akan diteruskan bagi memastikan kelangsungan hidup mereka bawah peruntukan RM39.8 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Ahad.


Muhammad Sanusi berkata, pemberian peruntukan bantuan mengurus Pusat Khidmat DUN sebanyak RM3.768 juta diteruskan, merangkumi RM8,000 untuk DUN kerajaan manakala RM2,000 untuk DUN pembangkang setiap bulan.


“Untuk bantu keluarga miskin, program Bantuan Beras Sejahtera yang dimulakan sejak Januari lalu yang memanfaatkan 56,000 penerima, ditambah peruntukan sebanyak RM1.08 juta menjadikan RM3.24 juta, agar lebih ramai penerima beroleh manfaat.


“Kerajaan negeri juga bercadang menambah kadar bantuan khairat kematian kepada RM500 berbanding RM350 sebelum ini. Jumlah peruntukan membabitkan RM3 juta untuk 2022,” katanya.


Menurutnya, peruntukan RM1 juta disediakan untuk Program Anakku Sejahtera yang diperkenalkan sejak tahun lalu dengan kerjasama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).


“Kerajaan juga meningkatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi RM24.82 juta bagi bayaran bantuan am bulanan, bantuan bencana, bantuan pusat aktiviti warga emas, bantuan pusat aktiviti kanak-kanak serta rumah orang-orang tua.


“Bantuan RM2 juta kepada keluarga yang menguruskan pesakit terlantar diteruskan, selain RM0.5 juta untuk bantuan membeli peralatan perubatan kepada pesakit miskin,” katanya.


Muhammad Sanusi memaklumkan, sektor pendidikan turut menjadi keutamaan apabila projek pembangunan semula Maahad Tahfiz Sains Darulaman Kulim (MTSD) fasa satu akan mula dilaksanakan pada tahun depan.


“Reka bentuk bangunan meliputi bangunan akademik, pentadbiran asrama puteri, makmal sains dan kemudahan lain telah siap dan ditender Disember ini.


"Peruntukan operasi RM9.2 juta diberikan kepada Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) berbanding tahun 2021 sebanyak RM9.5 juta. Kerajaan akan terus menanggung bayaran balik pinjaman pembangunan kampus di Kuala Ketil sebanyak RM20 juta setahun,” katanya.


Menurutnya, selaras dengan usaha memartabatkan pendidikan Islam, pihaknya menyediakan RM5.3 juta bagi membiayai kos operasi 141 buah Tadika Islam melibatkan 1,664 murid dan 124 guru.


“Kelas KAFA yang dikendalikan 440 guru akan menerima peruntukan RM1.208 juta. Kita akan terus menaik taraf kelas pendidikan rendah Islam setiap tahun. Untuk 2022, peruntukan melibatkan RM0.5 juta.


“Bilangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berdaftar makin bertambah, sebanyak RM1 juta bantuan one-off disalurkan kepada 200 buah SAR dan ini adalah tambahan RM500,000 berbanding tahun 2021,” katanya.


Dalam perkembangan lain, RM3.5 juta diperuntukkan kepada Majlis Agama Islam (MAIK), RM11.6 juta bagi pembayaran elaun pegawai masjid di 578 masjid manakala RM0.5 juta untuk tabung pegawai masjid.


“RM3 juta akan digunakan untuk menaik taraf masjid dan surau, yang mana kita bercadang membina lima buah surau baharu pada tahun depan.


“Kerajaan merancang membina bangunan Mahkamah Tinggi Syariah di daerah Kuala Muda, pemilihan tapak telah dimuktamadkan dan kerja-kerja perancangan projek dimulakan tahun depan dengan peruntukan RM1 juta,” katanya.


Muhammad Sanusi berkata, antara fokus pembangunan sukan pula, Majlis Sukan Negeri (MSN) disediakan RM10 juta untuk melahirkan bakat baru bagi mewakili Kedah ke Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun hadapan.


“Bagi mengembangkan pertumbuhan e-Sukan, kerajaan akan membantu penganjuran pertandingan bagi mencungkil bakat belia selain bantuan one-off kepada Persatuan e-Sukan Malaysia Kedah,” katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... pat-peruntukan-khas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.081704 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list