CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1304|Reply: 2

[Borneo] 15 projek sakit di Sabah dan Sarawak

[Copy link]
Post time 13-11-2021 05:10 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Hospital Petra Jaya antara 15 projek infrastruktur Kementerian Kerja Raya (KKR) di Sabah dan Sarawak yang diklasfikasikan sebagai projek ‘sakit’ yang gagal disiapkan mengikut jadual.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kesemua projek tersebut sudah ditamatkan dan akan diserahkan kepada Kontraktor Penyiap baharu yang akan dilantik.

“Di Sabah dan Sarawak terdapat 15 projek sakit yang telah dibatalkan kontraknya dan akan dilantik kontraktor penyiap yang akan menyelesaikan projek tersebut,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Majlis Penyerahan Sijil Kontraktor Penyiap Siri 4 Tahun 2021 di sini, hari ini.

Menurutnya, konsep Kontraktor Penyiap adalah untuk melaksanakan projek-projek yang tidak dapat disiapkan disebabkan oleh masalah kontraktor dan sebagainya dengan pelawaan tender semula secara kaedah Tender Terbuka.

Pada 26 September, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kontraktor penyelamat telah memulakan projek menyiapkan baki kerja terbengkalai Hospital Petra Jaya sejak awal tahun ini dan hospital berkenaan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024.


by suaraswk
November 13, 2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2021 03:11 AM | Show all posts
ini jln pun nnti 'separuh jln' juga
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2021 08:25 PM | Show all posts

15 projek sakit di Sabah dan Sarawak, kementerian kerja raya miliki sistem kontraktor penyelamat



KUCHING, 14 November: Kira-kira sebanyak 15 projek infrastruktur di Sabah dan Sarawak dikategorikan sebagai projek sakit yang lewat pembinaan serta gagal siap mengikut jadual.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, antara projek tersebut adalah pembinaan Hospital Petra Jaya di Sarawak yang terbengkalai sebelum ini namun sudah diberikan semula pembinaannya kepada kontraktor penyelamat.

Katanya, daripada lebih 1000 projek, jumlah 15 itu adalah hanya sekitar 5 peratus sahaja dan ianya masih di tahap tidak membimbangkan.

Beliau menjelaskan pihaknya memiliki sistem kontraktor penyelamat di mana sekiranya terdapat projek yang terbengkalai atau tidak disiapkan, ianya akan diberikan semula kepada kontraktor tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media dalam majlis Libat Urus Kementerian Kerja Raya bersama media di Kuching, hari ini.

credit



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.790261 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list