CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 599|Reply: 0

[Kedah] Kedah tarik pelaburan RM43.6 bilion

[Copy link]
Post time 14-11-2021 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Kedah tarik pelaburan RM43.6 bilion [size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 14, 2021 @ 11:33ambhnews@bh.com.my


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. - NSTP/PEJABAT MB KEDAH




ALOR SETAR: Kedah berjaya menarik pelaburan keseluruhan bernilai RM43.6 bilion pada tahun ini, sekali gus mendahului negeri lain di Malaysia, kata Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata, sektor perkilangan menjadi penyumbang utama daripada jumlah keseluruhan pelaburan, iaitu sebanyak RM42.5 bilion, manakala RM1.1 bilion pelaburan lagi adalah dalam sektor perkhidmatan dan industri utama.

"Antara pelaburan utama pada tahun ini disumbangkan melalui pelaburan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, iaitu Risen Solar Technology Sdn Bhd diikuti Munzing Malaysia Sdn Bhd sebanyak RM55 juta dan syarikat SP Mega Mineral Sdn Bhd sebanyak RM29 juta dan beberapa lagi syarikat lain.

"Pelaburan ini telah membuka peluang pekerjaan sebanyak 4,417 pelbagai jawatan yang bakal dinikmati rakyat Malaysia secara amnya dan Kedah khususnya," katanya semasa membentangkan Belanjawan Kedah 2022 di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri berpandukan Teras Kemakmuran Ekonomi di bawah Pelan Pembangunan Negeri Kedah 2035 (KEDAH2035) menyasarkan beberapa lagi syarikat ternama memilih negeri ini sebagai destinasi pelaburan utama pada 2022.

Katanya, antara kawasan berpotensi bagi pelaburan baharu adalah Kedah Rubber City (KRC), Kulim Hi Tech Park (KHTP), Kedah Science & Technology Park (KSTP), Special Border Economic Zone (SBEZ), Kulim International Airport (KXP), Kawasan Perindustrian Bukit Selambau, Gurun Industrial Park dan Kawasan Industri Padang Meha.

"Kerajaan negeri dengan kerjasama agensi Persekutuan iaitu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) turut memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur bagi kawasan-kawasan perindustrian.

"Justeru pada tahun lalu, peruntukan sebanyak RM6.61 juta disalurkan oleh kerajaan Persekutuan bagi membaik pulih infrastruktur kawasan industri di Kedah," katanya.

Susulan peningkatan aliran masuk pelaburan, Muhammad Sanusi, berkata kerajaan negeri bersetuju melaksanakan pembesaran Kulim Hi Tech Park (KHTP) Fasa 4A dan Fasa 5 dengan keluasan 281 hektar bagi menampung permintaan pelabur.

Katanya, hasil projek pembesaran itu, dijangka sejumlah 15,000 peluang pekerjaan baharu dapat diwujudkan kepada rakyat, terutama penduduk setempat.

"Bagi mempercepatkan proses kelulusan kebenaran merancang dan pembangunan, kerajaan negeri melalui projek perintis oleh Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) juga memperkenalkan Permit Pembinaan Ekspres atau E10 yang mampu memproses kelulusan dalam tempoh 10 bulan sahaja," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.415374 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list