CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1133|Reply: 0

[Borneo] COVID-19: Nilai RT meningkat, mungkin tanda awal kes akan melonjak

[Copy link]
Post time 13-11-2021 06:06 PM | Show all posts |Read mode


Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media perkembangan terkini kes penularan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan semalam.

PUTRAJAYA: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 (R-Naught) di negara ini meningkat kepada angka 1.0 dan ini mungkin tanda awal kes positif wabak itu akan melonjak.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata nilai R-Naught  (Rt)1.0 bermakna kes akan mendatar dan tidak menurun.

“Ini (Rt 1.0) adalah tanda awal kes (positif COVID-19) akan melonjak. Walaupun belum naik tetapi mungkin akan naik,” katanya  pada sidang media mengenai COVID-19 di sini semalam.

Nilai R-Naught merujuk kepada tahap keberjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa banyak kes yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam ciapan menerusi akaun Twitter rasminya kelmarin turut memaklumkan perkara sama dan menggesa individu yang telah diberi janji temu dos penggalak COVID-19, agar mengambil dos berkenaan.

Dr Noor Hisham berkata kebenaran rentas negeri bukan faktor pendorong kepada peningkatan nilai R-Naught, sebaliknya aktiviti perhimpunan sehingga menyukarkan penjarakan sosial dan bersembang dengan jarak dekat adalah penyebab kepada peningkatan itu.

“Ini adalah cara virus (COVID-19) tersebar. KKM (Kementerian Kesihatan) sentiasa sarankan agar rakyat patuh SOP (prosedur operasi standard) dan wajib pakai pelitup muka.

Kalau boleh pakai face shield (pelindung muka). Kalau pakai dua lapis pelitup muka dan pelindung muka, ia dapat tapis antara 86 hingga 90 peratus virus,” kata Dr Noor Hisham.

Beliau turut memberi penekanan terhadap amalan kebersihan seperti kerap mencuci tangan kerana ia termasuk dalam amalan kesihatan awam yang perlu diberikan perhatian serius bagi mengurangkan penularan pandemik COVID-19.

Katanya amalan kesihatan awam merupakan kaedah pencegahan penularan pandemik COVID-19 secara luaran manakala vaksinasi pula adalah kaedah pencegahan secara dalaman.

“Ini adalah kaedah serampang dua mata KKM yang mesti dipatuhi setiap lapisan masyarakat khususnya golongan warga emas dan mereka yang mempunyai sejarah penyakit komorbid,” katanya.

Mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), beliau berkata sehingga kini 95.1 peratus populasi dewasa lengkap divaksin dan 1,031,946 atau 4.4 peratus masih tidak divaksin.

Beliau menggesa golongan yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 untuk segera mendapatkan suntikan imunisasi bagi mengelak risiko dijangkiti atau ‘the pandemic of unvaccinated’.

“Kalau kita lihat data di Jerman dan Austria, rata-rata rakyat negara itu yang tidak terima suntikan vaksin COVID-19 adalah terdedah dijangkiti virus berkenaan. Jadi saya seru rakyat negara ini untuk terima suntikan vaksin termasuk dos penggalak untuk pastikan imuniti badan kuat melawan virus ini,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata walaupun kerajaan belum membuat keputusan untuk kaedah ‘jumpa terus’ bagi mendapatkan dos penggalak namun mana-mana individu yang mendapat janji temu perlu mengikuti tarikh, masa dan lokasi yang ditetapkan melalui aplikasi MySejahtera masing-masing. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2021/11/13


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.069440 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list