CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1453|Reply: 1

[Perak] Tengah makan, minum pun lalat masuk mulut

[Copy link]
Post time 12-11-2021 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Tengah makan, minum pun lalat masuk mulut[size=0.8][size=0.9]Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
am@hmetro.com.my


SANIAH Mastan menunjukkan lalat yang terperangkap pada pelekat yang diletakkan digerainya. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi





Bagan Serai: "Kadang-kadang ketika suap makan atau tengah minum pun lalat masuk dalam mulut," kata Yaakob Ishak, 75, mengenai masalah gangguan lalat yang menghantui lebih 1,000 penduduk tiga penempatan di Semanggol di sini.

Katanya, masalah yang membelenggu Kampung Jaya, Kampung Balik Bukit dan Taman Indah Jaya itu berlarutan sejak 30 tahun lalu dan berpunca dari beberapa ladang ternakan ayam terbuka di kawasan berhampiran.

"Perkara ini sudah lama berlaku dan telah diajukan kepada banyak pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Veterinar, tapi tiada penyelesaian.

"Waktu kemuncak gangguan lalat ini apabila hasil ayam yang diternak dibawa keluar dan kadang-kadang ia berlaku empat ke lima kali setahun.

"Selain masalah lalat, bau busuk yang terhasil dari tinja ayam di ladang ternakan itu juga amat merimaskan dan meloyakan penduduk sekitar," katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan, Razman Zakaria dan Penolong Pegawai JHEV Daerah Kerian Zulkarnain Syed Omar membuat tinjauan di kawasan berkenaan.

Seorang peniaga gerai makan, Saniah Mastan, 61, berkata pendapatannya sering terjejas setiap kali berlakunya serangan lalat.

Katanya, setiap kali serangan lalat berlaku selama 15 hari dan tahun ini sahaja sudah empat kali perniagaannya terjejas akibat masalah sama.

"Setiap hari saya menggunakan lebih 20 helai perangkap lalat jenis pelekat dan menelan belanja antara RM20 ke RM30.

"Jika keadaan ini berterusan dan tiada penyelesaian, bagaimana pelanggan nak singgah makan? Banyak pelanggan datang minum tapi ramai juga yang batalkan hasrat makan di sini kerana jijik melihat lalat yang banyak di atas meja dan rak makanan," katanya.

Sementara itu, itu Razman berkata tinjauan pihaknya bersama wakil JHEV mendapati ladang terbuka berkenaan mempunyai 16 blok reban dan mampu mengeluarkan 80,000 ekor ayam pada satu-satu masa.

Menurutnya, keadaan ladang yang tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan dan tindakan serta merta telah diambil JHEV.

"Susulan itu pemilik ladang dikompaun RM2,000 oleh JHEV mengikut Enakmen Perladangan Unggas Negeri Perak 2005 selain tidak dibenarkan beroperasi semula sehinggalah ia dibersihkan dan menepati syarat-syarat atau peraturan yang ditetapkan JHEV.

"Kita harapkan JHEV teruskan pemantauan dari masa ke semasa di setiap ladang ternakan ayam di Perak dan di peringkat negeri pula kita akan membincangkan tentang kadar kompaun maksimum sehingga RM20,000 kerana kompaun sedia ada terlalu rendah dan mampu dibayar mereka (pemilik ladang)," katanya.

Disiarkan pada: November 12, 2021 @ 3:08pm










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2021 04:10 PM | Show all posts
dua ribu je kompaun.. celah bontot tauke jah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.113755 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list