CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1334|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hujan berpanjangan, beberapa kawasan di Georgetown dinaiki air

[Copy link]
Post time 12-11-2021 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Hujan berpanjangan, beberapa kawasan di Georgetown dinaiki air
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 12 November 2021

Kelihatan pekerja MBPP sedang membersihkan dan memantau keadaan longkang di kawasan dinaiki air.


GEORGETOWN - Beberapa kawasan di sini dinaiki air selepas hujan lebat selama beberapa jam sejak awal pagi Jumaat.


Antara kawasan yang mengalami banjir kilat ialah Kampung Masjid Hisham Yahya, Jalan P Ramlee, Jalan Kuantan, Jalan Pintal Tali, Jalan Macalister, Lorong Ngah Aboo, Jalan Anson, Lebuh Mcnair, Lebuh Nanking, Lebuh Katz, Pasar Lebuh Cecil, Jalan Timah Simpang Kampung Jawa Lama, Lebuh Carnarvon, Lebuh Victoria dan Pengkalan Weld.


Bagaimanapun, paras air dilaporkan hanya setinggi 0.2 meter dan tidak memasuki rumah di kawasan berkenaan.


Tinjauan mendapati sehingga jam 10 pagi, air di beberapa kawasan tersebut telah mula surut.


Pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga dilihat sedang memeriksa dan membersihkan longkang di kawasan tersebut agar tidak tersumbat dan melancarkan aliran air.


Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, air mula surut di beberapa kawasan yang dinaiki air pada jam 9.30 pagi.


Katanya, pihak berkuasa turut turun padang untuk memantau keadaan memandangkan keadaan masih hujan di beberapa kawasan di bahagian pulau.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... rgetown-dinaiki-air
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.067243 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list