CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 129|Reply: 0

[Pulau Pinang] Air bertakung sudah 20 hari

[Copy link]
Post time 11-11-2021 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Air bertakung sudah 20 hari[size=0.8][size=0.9]Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my


MOHD Rozaini Said (depan) menunjukkan rumahnya di Kampung Banggol Besi, yang masih digenangi air selepas tiga minggu. FOTO NOORAZURA ABDUL RAHMAN




Pendang: "Sudah 20 hari kami berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), tak tahu bila banjir akan surut, perabot di rumah hampir semua rosak kerana air masih bertakung," kata Nor Salawati Sabu@Bakar.

Nor Salawati, 36, yang menetap di Kampung Banggol Besi antara ratusan mangsa banjir di daerah ini yang masih ditempatkan di PPS Rakan Sukan, Tanah Merah, di sini, sejak 23 Oktober lalu.

Katanya, pada awalnya, dia enggan berpindah ketika banjir melimpah masuk ke dalam rumahnya berikutan air hanya pada paras 0.2 meter (m)sahaja.

"Namun selepas sehari, air naik ke 0.5m menyebabkan kami sekeluarga mengambil keputusan berpindah, paras air di luar rumah pula sudah lebih satu meter.

"Mujur suami mempunyai kayak dan dia berulang-alik mendayung kayak untuk mengambil saya, anak serta ahli keluarga seramai 12 orang keluar ke jalan utama sebelum berpindah ke PPS.

"Kini, anak sudah mula rasa bosan tinggal di sini, tapi apakan daya PPS ini saja tempat selamat untuk kami. Setiap hari suami dan adik ipar pulang ke rumah untuk memberi makan ayam dan itik," kata ibu enam anak berkenaan.

Mangsa lain, Che Rahmah Othman, 38, bekrata dia terlalu sedih memikirkan keadaan rumahnya yang ditinggalkan hampir tiga minggu lalu.

Katanya, kejadian banjir termenung kali ini paling lama pernah dialami penduduk menyebabkan banyak perabot dan peralatan rumah rosak.

"Suami kerap pulang melihat keadaan di dalam rumah, ada beberapa keping atap sudah dibawa angin, kami bukan orang senang kerana suami hanya bekerja sebagai tukang rumah.

"Saya tak tahu sampai bila perlu tinggal di PPS ini, saya difahamkan air mulai surut sedikit namun hujan yang berterusan menyebabkan kami bimbang paras air akan naik semula," katanya yang tinggal di Kampung Banggol Besi.

Sementara itu, tinjauan di kampung itu mendapati sebahagian jalan kampung itu termasuk rumah berdekatan tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) masih ditenggelami air.

Untuk rekod, sehingga pagi ini, 55 keluarga membabitkan 202 mangsa masih ditempatkan di dua PPS di daerah Pendang iaitu PPS Rakan Sukan dan PPS Dewan Cenderawasih.

Sementara itu, Pengerusi Mada, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, taburan hujan bermula 17 Oktober sehingga 2 November lalu merekodkan turunan antara 157 millimeter (mm) hingga 331mm di kawasan dataran menyebabkan aliran air tinggi dan berlakunya banjir.

Katanya, ia diikuti dengan berlakunya fenomena air pasang besar pada 4 hingga 7 November lalu, menyebabkan kenaikan paras air laut tinggi.

"Sehingga kini, jumlah keseluruhan kawasan tanaman Mada ditenggelami banjir adalah seluas 5,849 hektar.

"Sehingga kelmarin, jumlah takungan di empangan dalam keadaan terkawal iaitu Empangan Pedu pada 95.90 peratus , Empangan Muda 102.80 peratus dan Empangan Ahning pada 98.02 peratus," katanya.

Disiarkan pada: November 11, 2021 @ 10:53am






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-5-2022 09:49 PM GMT+8 , Processed in 1.011513 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list