CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1047|Reply: 9

Pelajar Bertuah, Cucuk Vaksin Dapat RM4.15 Juta

[Copy link]
Post time 11-11-2021 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Sydney: Bertuah seorang penuntut di Australia apabila menjadi jutawan segera selepas mendaftar kempen pengambilan suntikan vaksin Covid-19.


Daily Star melaporkan, Joanne Zhu, 25, memenangi AS$1 juta (kira-kira RM4.15 juta) selepas menjadi seorang daripada 2,744,974 warga Australia yang mendaftar untuk menerima vaksin.


Wanita itu memenangi hadiah utama kempen Million Dollar Vax, yang bertujuan menggalakkan lebih ramai rakyat Australia mendapatkan vaksin Covid-19.




Foto: Daily Star




"Adakah saya bermimpi, adakah ini benar? Saya tidak percaya," kata Zhu kepada NEWS7.


Zhu mendedahkan dia pada awalnya terlepas panggilan berita gembira itu kerana sedang bekerja.




Dia bagaimanapun cuba menghubungi semula nombor itu dan diberitahu dia memenangi hadiah itu serta menjadi pemenang tunggal di Australia.




Wanita itu dilaporkan mahu berkongsi wang hadiah kemenangannya dengan rakan dan keluarga.


Difahamkan, Zhu tidak berjumpa keluarganya, yang tinggal di China, selama dua tahun kerana wabak Covid-19.


"Saya mahu menerbangkan keluarga saya keluar dari China supaya mereka dapat menginap di hotel lima bintang untuk sambutan Tahun Baru Cina, jika sempadan dibuka.


"Selain itu, saya mahu membeli hadiah untuk keluarga dan laburkan baki wang itu supaya boleh menjana lebih banyak wang pada masa hadapan dan untuk membantu orang ramai," kata Zhu menerusi program Nine's Weekend Today.


Zhu berharap kadar vaksinasi terus meningkat di Australia supaya sempadan boleh dibuka semula.


Kempen Million Dollar Vax Alliance diasaskan sekumpulan dermawan dan syarikat untuk meningkatkan kadar vaksin dengan menawarkan peluang menang ganjaran lumayan.


Kumpulan dermawan itu memperuntukan AS$4.1 juta (kira-kira RM17.01 juta) sebagai hadiah kepada lebih 3,100 individu yang mendaftar pengambilan vaksin.


Bercakap kepada The Australian, Craig Winkler dari Million Dollar Vax Alliance berkata, kejayaan kempen itu dapat dilihat menerusi penyertaan menggalakkan pada saat-saat akhir sebelum penyertaan ditutup.


"Kami menunjukkan secara kolektif apa yang boleh berlaku apabila warga Australia terbabit sama.


"Mari kita selesaikan tugas iaitu kempen Million Dollar Vax yang memainkan peranannya dan semua manfaat kesihatan kepada anda, keluarga anda serta komuniti dengan paling menarik adalah hadiah yang boleh kita menangi," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2021 10:45 AM | Show all posts
fuyooo.. kalau ada kat msia mesti yg geng antivac pun nk join sama. untung laa minah china ni. duit aust besar kot.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 10:50 AM | Show all posts
kt mesia plak lagi best...mula2 vaksin tu rela last2 paksa, bolot kontrak...vip nk derma vaksin bg pree ade je x kena....data2 kelaut, kalo mati tanggung sendiri,kaa ada pampasan last2 abuk pun xde...cucuk angin kantoi plak...ehh byklah...sop kelaut cina selatan..x cucuk x leh keje...cikgu2 kene ugut...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 11:32 AM | Show all posts
aiyo 4 juta

kalau tiba2 dapat durian runtuh, 4 juta gini, korang nak buat ape je?
jawapan selain daripada beli iphone please

settle hutang ka, beli tanah, buat rumah ka

aku first thing first, nak tebus barang kemas mak kat kedai pajak gadai, ar-rahnu sume tu
nak beli kan rantai, gelang, cincin emas baru. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 12:15 PM | Show all posts
Joanne Zhu


warga asing ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 12:25 PM | Show all posts
Msia takda ke hahahahahhahahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2021 12:57 PM | Show all posts
Adrif replied at 11-11-2021 11:32 AM
aiyo 4 juta

kalau tiba2 dapat durian runtuh, 4 juta gini, korang nak buat ape je?

pencen ...

tumpukan pada persediaan utk akhirat ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
umpan gula-gula...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnyaa [em:4:]
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cehhhh kalau Malaya ada ni,
Berebut2 acik rita, sesetengah porumer ni nak mendadih vaxx
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.673015 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list