CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1173|Reply: 8

18 Lokasi Bahaya Kepala Air Di Kedah, Mohon Jangan Pergi

[Copy link]
Post time 10-11-2021 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Jitra: Kejadian kepala air di kawasan peranginan di Bukit Wang, di sini, bukan yang terbaharu, malah kejadian sama turut berlaku di pusat peranginan di Lata Bayu, Baling, dua hari lalu.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebanyak 18 lokasi di negeri ini dikenal pasti berisiko berlaku kejadian kepala air terutama ketika musim hujan.


Beliau berkata, antara lokasi itu termasuklah kawasan pusat peranginan Titi Hayun di Yan, selain kawasan air terjun di Junjung di Kulim, Pusat Rekreasi Tupah di Merbok Sungai Petani, Air Terjun Batu Hampar di Yan, Air Terjun Temurun, Jalan Datai di Langkawi, Hutan Lipur Lubuk Semilang di Langkawi.


Foto: Harian Metro




Selain itu, Hutan Lipur Puncak Janing di Kuala Nerang, Air Terjun Telaga Tujuh di Langkawi, Sungai Kuala Sedim di Kulim, Air Terjun Ulu Paip di Kulim, Air Terjun Bukit Hijau di Baling, Air Terjun Lata Bayu di Baling, Air Terjun Lata Mengkuang di Sik, Perangin di Sik, Tasik Beris di Sik, Sungai Kulim, Lata Celak Iboi di Baling.




Dua lagi lokasi tumpuan ramai iaitu di, Sungai Ketil di Baling dan Sungai Empangan Pedu di Kuala Nerang serta Bukit Wang di Jitra.




"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengunjungi kawasan peranginan pada waktu ini kerana dimaklumkan cuaca hujan bermula pada 3 November sehingga hujung bulan ini.


"Sepanjang tempoh itu akan berlaku lebih kerap banjir kilat dan hujan lebat.


"Saya nasihatkan, tangguh dahulu mengunjungi kawasan peranginan terutama kawasan air terjun atau sungai kerana bimbang berlaku kejadian seperti ini ketika cuaca yang tidak menentu ini," katanya ketika ditemui di lokasi Surau Batu Sungai Changlun, di sini, malam tadi.


Mohamadul Ehsan berkata, dalam kejadian kepala air yang berlaku semalam, pasukan bomba berjaya menyelamatkan 20 mangsa iaitu dua mangsa terperangkap di pusat peranginan di Bukit Wang dan 18 mangsa lagi di Surau Batu Sungai Changlun.


Beliau berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.


Dalam kejadian 6 petang semalam, kepala air melanda kawasan peranginan di sekitar Bukit Wang malam tadi, susulan hujan lebat berterusan.


Keadaan itu turut menyebabkan berlaku banjir kilat di kawasan penempatan berhampiran dengan air dilaporkan naik sehingga lebih 1.5 meter.


Untuk rekod, fenomena kepala air pernah berlaku pada 18 Ogos lalu di Gunung Jerai dan Titi  Hayun di Yan menyebabkan enam orang mangsa terkorban akibat lemas selepas terperangkap di bawah timbunan kayu. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindu sedim, dh brpa tahun x balik kg tok huhu

Air dia sejuk mcm dlm chiller
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tau musim hujan, elakkan la mandi sungai/air terjun ni semua..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 05:39 PM | Show all posts
jauhi lah sungai n laut buat masani
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr smlm ujan lebat, sambung plak ujan renyai harini
Temp pkl 3 ptg 26•C, so xpayah la gatal nak berendam ke sungai bagai
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mandi la sungai depan kg iols
Kat kkdiang tu...
Hahahaha
Pakcik.iols.cakap tak.dalam pung
Tinggi siling rumah dia..
Hahahhaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2021 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 10-11-2021 11:51 AM
Rindu sedim, dh brpa tahun x balik kg tok huhu

Air dia sejuk mcm dlm chiller

Sungai sedim ni yg dekat dengan tree top walk tu ke?kiyah pernah ke sana sebelum Pandemik ni n best sgt rasa..cuma syg sbb kurang mendapat sambutan
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kiyah replied at 10-11-2021 09:56 PM
Sungai sedim ni yg dekat dengan tree top walk tu ke?kiyah pernah ke sana sebelum Pandemik ni n bes ...

Ya dekat situ la, top tree walk tu jalan atas pucuk² pokok, tinggi gayat la jugak
Best kalau pergi time musim durian, murah n fresh buah durian org kampung , buah rambutan pun baru kait sgt

Yg best mandi kt sini, dia luas, sejuk n bleh tgk aksi budak2 terjun tiruk hahaha...

Sejak kena kurung dlm negri ni susah nak rentas pastu skrg musim ujan pla, x brani nak p la, kepala air dok ada tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2021 10:41 AM | Show all posts
depa dok membalak kat atas atas  tu banyak ka, i know kepala ayaq ni bukan sebab pembalakan tapi sebab water mass effects on the soil tu ...
cuma, even i duduk kedah , tempat peranginan yg i pernah pi ialah perangin Sik...tu je

lata bayu ke, bukit wang ke or guung jerai  i tak pernah pi pun selama hidup di sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.139100 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list