CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 417|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kebakaran 13 motosikal, penduduk kesal tiada CCTV

[Copy link]
Post time 9-11-2021 09:43 PM | Show all posts |Read mode
Kebakaran 13 motosikal, penduduk kesal tiada CCTV[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


Lee memeriksa motosikalnya yang terbabit dalam kebakaran di Flat Desa Mawar, Lintang Kampung Melayu di sini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI



Georgetown: "Saya tidak mengesyaki apa-apa cuma kesal kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai tidak tertumpu di tempat kejadian bagi mengetahui punca kebakaran.

"Walaupun motosikal saya hanya terbakar di bahagian kiri dan masih boleh digunakan, namun kondisinya sudah tidak baik, hanya boleh jual pada kedai alat ganti," kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Lee, 56, selepas motosikalnya terbabit dalam kebakaran di Flat Desa Mawar, Lintang Kampung Melayu, pada jam 4 pagi, di sini, hari ini.

Jurujual kereta itu berkata, motosikal terbabit digunakannya bagi ke tempat kerja di Georgetown.

"Sepanjang 20 tahun tinggal di sini, ini kejadian pertama kali berlaku. Ketika kejadian, saya berada di rumah sedang tidur sebelum terdengar suara penduduk yang memaklumkan terdapat api di bahagian parkir.

"Saya bergegas turun dan mendapati api sudah marak manakala motosikal tidak sempat diselamatkan.

"Mujurlah hanya satu daripada dua motosikal saya yang terbabit dalam kebakaran itu, jika tidak sudah tentu saya tiada kenderaan untuk keluar bekerja," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Lee berkata, dia akan membuat laporan polis berhubung kejadian dalam masa terdekat selain meminta pihak pengurusan perumahan menambah CCTV di kawasan parkir.

"Sebelum ini, kereta saya yang di parkir di kawasan kejadian pernah rosak dipercayai terkena objek yang dibaling dari tingkat atas, namun pihak pengurusan perumahan tidak dapat memeriksanya kerana CCTV tidak tertumpu di bahagian itu," katanya lagi.


Disiarkan pada: November 9, 2021 @ 3:25pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.050899 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list