|
View: 1048|Reply: 12
|
Penyanyi Rap, Fhan Nak Cuba Tembusi Pasaran Global
[Copy link]
|
|
|
Penyanyi rap baharu, Farhan Alias atau nama pentasnya Fhan percaya setiap penyanyi mempunyai potensi bakat tersendiri.
Menurutnya, pemain industri hendaklah memberikan sepenuh kepercayaan dan peluang untuk penyanyi baharu mengasah bakat mereka.
 Foto: IG
"Secara peribadinya untuk saya bekerjasama dengan komposer ataupun penulis lirik terkenal, apa yang penting adalah mereka percaya pada potensi seseorang penyanyi berkenaan.
Bukan memandang rendah terhadap pengalaman kita. Saya sangat sensitif dalam perkara ini.
"Kalau mereka rasa saya tiada potensi, mungkin lupakan saja niat untuk bekerjasama. Saya percaya setiap manusia ada potensi masing-masing," katanya.
Mengulas mengenai strategi pemasaran yang menyasarkan karya yang dihasilkan menembusi pasaran antarabangsa, Fhan berkata, dia mengeluarkan lagu dwibahasa berjudul Walk Away dan Nitro sebagai langkah untuk menarik pendengar di luar negara.
" roses awal untuk bekerjasama dengan penyanyi luar negara adalah saya mahu fokus dengan menjadikan lagu sedia ada ini 'trending' terlebih dahulu. Apabila sudah ada peminat dan pendengar dari negara serantau, saya percaya penyanyi di sana pasti menyedari kewujudan saya.
"Disebabkan itu saya melancarkan dua single terbaharu dalam dwibahasa iaitu Inggeris dan Melayu supaya dapat capai sasaran dan diterima peminat dari luar negara seperti di Indonesia, Singapura dan Filipina," katanya.
Lagu Walk Away adalah hasil ciptaan komposer Mingaling, Madebyartin, Imgkay dan penulis lirik oleh Amir Hasan.
Menyentuh mengenai populariti sebagai penyanyi rap, Fhan lebih ambil peduli penyampaian mesej lagu.
"Bagi saya populariti itu tidak menjadi masalah sebab yang penting dapat sampaikan mesej lagu itu kepada pendengar. Dua single terbaharu berkenaan mengisahkan perjalanan dan liku-liku seseorang dalam industri ataupun bisnes yang saya ceburi.
"Selain itu, saya selitkan pelbagai cabaran dan ragam manusia yang pernah saya jumpa. Konklusinya biar kita sendiri berjuang untuk sampai ke puncak," katanya.
Menyedari pasaran muzik tempatan pendengarnya lebih gemarkan lagu patah hati, Fhan akan mempertimbangkan untuk menerokai genre itu.
"Ya saya sangat berminat sebab saya rasa itu adalah genre yang senang untuk pendengar ikuti atau layan. Sejujurnya lagu saya pun ada patah hati iaitu Walk Away," katanya tertawa kecil.
Sebagai informasi Fhan mula aktif dalam dunia muzik sejak tahun lalu dengan kemunculan dua single berjudul Terbang Tinggi dan Bertahan serta Terang dalam pertengahan tahun ini. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kelindan lori mana pulak ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
FHAN APA? FHANTEK KE? NEXTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kelindan lori mana plak ni yang korang ambikkk jadi artis????
rupa pun kepam... boleh ke pecah pasaran global???
pecahkan dara boleh lerr dikkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak kelindan lori, mesti pekerja kkntrak dari indon |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tiba tiba muncul....terus nak mendunia.,...kat sini masih lagi whoareyous |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sape ni? Muka mcm contestant MLM jer ... tiba2 global... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka pun mcm abang bawak bas IntraKota, ada hati nak tembusi pasaran antarabangsa.
Pasar Selayang pun kau belum tentu dpt tembus.
Dah, pegi bawak bas sana. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Abe teknikal kerja kilang mana pulak ni? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha.... kejam komen2 kat sini...
haiyooooo kat sini pun mau seriuss kaaaaa???
chilll laaa kannn...
hahahahhaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|