Penerbit Zeel Production, Fadzil Teh memohon maaf kepada pelakon Farah Ahmad dan juga ibu mentuanya, Fauziah Nawi di atas insiden nama pelakon itu tiada di dalam 'credit title' drama Tahyul yang disiarkan TV3, baru-baru ini.
Farah yang melakonkan 'watak kecil' sebagai Nyai Eseh dalam karya itu berasa kesal apabila nama dan karekternya tidak dimasukkan ke dalam 'credit title' bersama barisan pelakon lain.
Kredit foto: IG Farah & Fadzil
Dalam hantaran lain, Fadzil berkata dia selalu akan mengingatkan editor (pengarang) 'credit title' agar nama, pangkat, jawatan, watak itu penting. Jangan pandang remeh. Pratonton sebelum disiarkan stesen TV.
Terdahulu, menerusi perkongsian di laman sosial, Farah seakan kesal dan merasakan hasil kerjanya tidak dihargai apabila namanya tiada di dalam senarai nama pelakon drama Tahyul yang dibintangi itu.
Farah berkata dia seorang yang sangat menghargai hasil kerjanya dan tidak sambil lewa atau main-main dalam berseni.
Menurut Farah, bagi orang lain mungkin senang tapi bukan pada dirinya untuk bersedia walau sebagai watak tambahan lagi-lagi di saat akhir dan bahasanya juga lain.
Perkongsian dibuat Farah berkenaan turut mendapat perhatian pelakon Fauziah Nawi yang menyokong tindakan menantunya itu dan meminta Farah terus memantapkan aksi lakonan dipersembahkan.
Sumber: Harian Metro
|