View: 2649|Reply: 20
|
'Penghutang Dari Syurga, Bayar Walau Cuma RM7'
[Copy link]
|
|
Kesempitan hidup tidak menghalang seorang wanita untuk cuba melangsaikan hutangnya secara beransur-ansur walaupun serendah RM7 sebulan.
Gambar hiasan
Kisah wanita yang dianggap 'penghutang dari syurga' itu dikongsikan Cikgu Mohd Fadli Salleh di Facebooknya pada Ahad.
Mohd Fadli yang turut dikenali sebagai aktivitis sosial berkata, beliau sukar untuk memberi pinjaman wang kepada kepada orang tidak dikenali namun tergerak hati untuk memberikan bantuan kepada wanita tersebut.
"Dia terdesak nak pakai duit RM210 Mei lalu. Satu nilai yang aneh pada aku.
"Jarang orang berhutang nilai yang spesifik, biasanya orang genapkan jumlah RM50, RM100 atau RM200, namun kakak ini mohon pinjam RM210, " kongsinya pada Ahad.
Menurut Mohd Fadli, beliau meminjamkan wang tersebut kepada wanita berkenaan dan memberikan syarat untuk membayarnya mengikut kemampuan setiap bulan.
"Kakak ini berpegang sungguh pada janji. Setiap bulan dia akan bayar kadang kala RM10 dan RM20.
"ernah sekali RM50 dan pernah ada bulan tak dapat bayar tapi dia akan mesej maklumkan.
"Semalam (Sabtu) kakak ini bayar RM7, satu jumlah yang sangat-sangat ganjil orang bayar namun rasanya hanya banyak itu yang dia mampu," ujarnya.
Beliau menasihatkan orang ramai yang pernah berhutang supaya mencuba kaedah dilakukan wanita tersebut yang tanpa jemu membayar setiap bulan walaupun dalam kuantiti yang sedikit.
"Semoga rezeki kakak ini dan keluarganya terus dimurahkan. Amin," katanya.
Sumber: Sinar Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
betul. setuju. vibe positif. kalau cikgu ni xbantu mngkn akak tu pinjam ahlong. lg teruk. terima kasih cikgu. |
|
|
|
|
|
|
|
Nmpak dia betul2 berusaha juga nak byr hutang..smg rezeki dia dan cikgu tu bertambah |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa mcm nk mintak la hutang kt akak tu
aku mmg tk halalkan tk kan sengkek lagi dh masuk 3tahun... |
|
|
|
|
|
|
|
ade usaha nk bayar tu mmg bagus ... agaknya camne tahap susahnya kalo sekadar boleh byr RM7, RM10 ... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila baca artikel, rasa kagum. Sekali bila baca text messages, tak dapat iols tahan air Mata bergenang, mengalir terus. Terharu dgn contoh baik yg ditunjuk oleh kedua2 pihak.
Alhamdulillah, semoga Allah mudahkan urusan mereka berdua. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih pulak rasa, bagus lah akak ni. Semoga murah rezeki cikgu dan akak tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus akak ni… manakala di luar sana, dok pinjam2 pastu bila pemiutang minta bayar, simakinya pemiutang tu… |
|
|
|
|
|
|
|
baiknya akak ni.
mari ler mendoakan yang baik-baik untuk beliau
orang yang baik, insyaallah selamat dunia akhirat. amiin |
|
|
|
|
|
|
|
Terimgat pula kes i..ada cikgu ni htg 4k dgn i...janji nak byr tapi dah 10 thn x byr2 lg...janji nak byr rm100 sebln pun culas..klu i mati..i halalkan lah htg dia but to be friend..no more sbb x honor the promise walhal ckp berdegar2 psl dosa pahala...tdg labuh tapi htg tarak byr..klu dia buat mcm akak ni..byr ckit2 dlm tempoh 10 thn tu dah habis htg..i bknnya along yg kenakan interest kat htg pun...mmg buat i jera dgn geng2 tdg labuh berjubah ni walaipun segelintir je yg begitu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun penah ada member sekuliah nk pinjam duit kat aku,terkejut gak sbb kitorg bukan bestfriend. Tp sebab kesian bini die tgh sarat aku kasi jelah. Pastu senyap last-last dia 'lupa'. Aku ngadu la kat member lain,sekali tu member tu citer kat aku. Sebenarnya dia mmg kaki hutang pun,dengan semua org dia pinjam duit tapi taknak bayar. Tapi tak sangka plak dia sanggup nk pinjam kat aku sbb belakang aku dia suka kutuk aku.
Time matriks ada sorg budak ni pinjam RM50. Time tu kan zaman blajar RM50 tu besar nilanya bagi student luar bandar mcm aku. Time aku nak mintak balik aku plak kene marah,alah rm50 pun nk berkira ke? Sorry la mmg aku putus kawan pastu |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dimurahkan rezeki akak ni dan cikgu ni.
iolss pun kalau ada orang berhutang, tapi bayar lambat/bayar sikit2 iolss tak kisah. asalkan bayar.
yg tak bayar langsung tu yg hanginnnn~~~
pastu show off macam kaya raya sgt!
|
|
|
|
|
|
|
|
ada yg naik ke H
hutang rm100 pun tak bayar sampai skang, lalu sebelah pun buat2 tak kenai.. moga keta H kena tarik |
|
|
|
|
|
|
|
Iol asalkan ada effort bayar wp ansuran sikit2 bayar hutang |
|
|
|
|
|
|
|
Tingat cite kwn daku, kt taman dia ada 1 perempuan bg pinjam duit pencen ribu2 kt kawan, masa nk pinjam janji bagai. Tp x bayo pun siap boleh pegi umrah. Sblm gi siap pesan, kalu jd apa2 kt dia minta duit pd anak. Tp elok je la blk ke Malaysia. Cuma kalu btl jadi pape tak pasal2 anak kena tanggung. |
|
|
|
|
|
|
|
dgn rasa rendah diri, i jrg sgt bagi org pinjam duit. dan jarang juga org minta pinjam duit. entahla mungkin i ni jenis ade aura kedekut ke? atau mmg org tau i bukanla jenis berada. salute kat forumer dlm ni slalu bg pinjam duit. i rasa org yg bg pinjam duit ni mmg org2 yg hatinya lembut dan sangat baik hati. waktu susah, pernah la terpaksa pinjam duit. mmg bayar sikit2, sampaila pemberi pinjam tu halalkan. rasa terharu sgt nk nangis dahla org terdekat juga. kali kedua, terpaksa pinjam sekali lg, kali ni mmg niat nk bayar skali gus terus in a few weeks. tetiba datang bgtau nk hadiahkan je kat i. padahal i mmg nk bayar skali gus. x sampai sebulan dah bg gift kat i terus. ya Allah, moga Allah tambahkan rezeki mereka2 yg suka bersedekah terutama mereka yg membantu mereka dalam kesusahan dan kesempitan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Asben ai masa bujang selalu org berhutang tpi tak bayar. Lepas kawin ai tgh sarat 8 bulan cmtu, nak berhutang lagi nak repair enjin kereta. Asben jenis lembut hati. Ai marah , ai ckp kalau bagi, nak beranak tepi jalan ke? Sebelum kesian kat org lain , kesian kat isteri dlu. Dia nak cakap apa lantak dia lah. Ai ckp kalau dia bagi jugak ai report kat mak dia. .
Kawan dia tu pernah buat pinjaman 10k guna penjamin. Lastnya dia tak byar pun hutang bank, tak memasal penjamin tu kena bayar kesian betul. Tak tahu la sekarang dia dah bayar ke tak kat penjamin tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang takde duit pon masih usaha nk bayar hutang tp org yg berduit berbelanja tmpt lain susah nk bayar hutang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|