MENARIK: Antara trofi yang disediakan pihak penganjur kepada para pemenang.
KOTA KINABALU: Semua peminat ikan laga Sabah dijemput untuk menyertai pertandingan ikan laga 'Khazanah Flaring Betta Showdown' yang akan diadakan selama tiga hari bermula 12 sehingga 14 November ini.
Menurut salah satu penganjur, Khazanah Betta berkata, ia antara usaha beliau bersama rakannya untuk menarik minat setiap golongan agar peminat-peminat ikan laga ini terus berkembang ke seluruh Sabah.
Katanya, selain hadiah terkumpul bernilai RM6,508, pihak penganjur juga akan menyediakan hadiah-hadiah menarik kepada peserta-peserta yang menyertai kejohanan tersebut.
“Kami menyasarkan 1000 penyertaan tapi kami dapat lebih 1500 penyertaan membabitkan 91 kategori termasuk 'half moon,' 'double tail' dan 'crown tail' yang kami boleh anggap sebagai luar biasa.
"Acara yang dianjurkan julur kali in, akan membawa peserta-peserta dari Tawau, Sandakan, Keningau, Sipitang, Kota Belud, Miri Sarawak dan Labuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pertandingan berkenaan akan diadakan di Suria Inanam, Kota Kinabalu. Grand Champion bakal menerima wang tunai sebanyak RM2588, trofi, hamper dan sijil penyertaan. Manakala, Optional Grand Champion akan menerima RM1288, trofi, hamper dan sijil penyertaan.
utusanborneo.com.my/2021/11/08
|