View: 2782|Reply: 22
|
Vida Nak Belanja Mangsa Ikan Siakap Mahal,- "Saya Sensitif Isu Ikan Siakap,
[Copy link]
|
|
Topik mengenai hidangan ikan siakap yang dijual mahal di sebuah restoran di Pulau Langkawi, Kedah kerana harga mencecah lebih RM1,000 menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.
Bukan sahaja menarik perhatian pengguna media sosial, malah golongan selebriti turut terpanggil untuk berkongsi pandangan mengenai isu ini termasuklah usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.
Simpati dengan nasib seorang wanita yang mendakwa tertipu, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, menyatakan hasrat membayar semula harga hidangan ikan siakap kepada mangsa.
Foto: IG
"Saya ada baca kisah ikan siakap viral, saya rasa terpanggil untuk saya belanja atau bayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut.
"Saya terpanggil sebab saya memang suka ikan siakap... saya sensitif isu ikan siakap, saya hantu siakap. Saya bukan nak cari viral tapi sebab saya memang di Langkawi jadi biarlah saya belanja.
"Saya tak boleh dengar fasal ikan siakap, jangan buat lepas ini orang tak boleh makan ikan siakap! Saya tak nak ada orang teraniaya," katanya.
Vida memaklumkan mengenai niatnya itu semasa siaran langsung di Instagram bersama seorang wanita yang mendakwa dirinya mangsa penipuan sebuah restoran di pulau peranginan itu.
Wanita dikenali sebagai Niena meluahkan rasa berang apabila mengetahui bil hidangan mencecah RM 1,738.70 semasa dia dan keluarga makan di sebuah restoran terapung pada 3 November lalu.
Mengucapkan terima kasih atas tawaran itu, Niena bagaimanapun menolak dan memberitahu niatnya berkongsi mengenai hal ini kerana enggan situasi sama berlaku kepada individu lain.
"Bukan kami nak sombong untuk tak menerima pelawaan Datuk tetapi Alhamdulillah rezeki kami masih ada... kami cuma kecewa dengan etika peniaga tersebut kerana tidak telus.
"Saya dan rakan-rakan lain sudah sepakat, jika Datuk masih nak berikan wang tersebut, sebaik-baiknya salurkan kepada individu lain atau bantu peniaga-peniaga kecil di Langkawi.
"Kepada peniaga, berniagalah dengan telus kerana Allah SWT. Janganlah aniaya pelanggan. Kes ini kami ketengahkan supaya tiada lagi yang akan dianiaya oleh peniaga tersebut. Kami tiada niat pun nak viralkan hal ini," katanya.
Pada 4 November lalu, mStar melaporkan keluahan seorang pengguna Facebook dikenali Muhammad Faris Zulkarnain yang terkejut apabila dicaj sehingga RM1196.80 untuk sajian seekor ikan siakap.
Isu ini menjadi lebih hangat apabila Niena pula tampil mengakui menjadi mangsa penganiayaan yang sama apabila bil hidangan di sebuah kedai lain di pulau itu turut mencecah RM 1738.70. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
baca kat ig semalam, si pelakon gerak khas tu pun ada sekali dalam meja tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dia pun sibuk jugak nak mencapub... mesti sebab drama dengan bebal dah sendu dan orang tak nak layan... soo mencapub la plak dekat ikan siakap...
kalau dia pernah makan situ confirm resit tahun keputeraan raja yindu-majapahit jajahan tumpat pun di simpannya dan viralkan...
apa saja benda yang boleh naikkan nama dia... dia akan mencapub... |
|
|
|
|
|
|
|
kau kahwin jer lah dgn ikan siakap....
sebok nye nak interframe n tunjuk dia kaya... |
|
|
|
|
|
|
|
Niena ni yg mana plak? Yg asalnya makan siakap 7kg tu bukan ke ustaz ke apatah.
Sebenarnya pos asal siapa ya? Sbb kan ayat2 kat post ada perbezaan tp guna resit yg sama.
Kalu yg geng2 ustaz tu takyah laa tok vida nk belanja depa tu sah la ade duit sbb mampu g bercuti sampai ke langkawi.
Baik tok vida g banjer org2 yg tak penah pi bercuti apatah lg nk mkn ikan siakap walupun siakap tesco yg RM7.99 sekor tu.
Org2 yg g bercuti konpem laa ada duit walaupun ada nangis2 sampai merah hidung sbb keuntungan bisnes dia jd kurang gara2 pandemik tp ada je duit utk g bercoti. |
|
|
|
|
|
|
|
dah2 la, ni pun tokbida nak into the scene jgk ke??
mangsa la sangat, rege semua ada terpampang, bknnya kena culik pastu dipaksa makan ctu |
|
|
|
|
|
|
|
i makan siakap 3 rasa kedai thai pon puah hati...
fresh jugak ikan
tak yah la hadap restoran yg mencekik
kita pengguna ada hak memilih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98: kau kahwin jer lah dgn ikan si ...
Hahahaha adoi kawen ngn siakap hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 8-11-2021 10:14 AM
Niena ni yg mana plak? Yg asalnya makan siakap 7kg tu bukan ke ustaz ke apatah.
Sebenarnya pos asal ...
Byk kes uols.. I baca kat Twitter ada yg compile 4 cerita pasal ikan siakap mahal ni.. plg mahal total dlm 2k ++ |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi: Niena ni yg mana plak? Yg asalnya makan siakap 7kg tu bukan ke ustaz ke apatah.Sebenarnya pos asal siapa ya? Sbb kan ayat2 kat post ada perbezaan tp g ...
ada 2 kes yang terkena siakap mahal ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by missyL at 8-11-2021 01:48 PM
Suchi replied at 8-11-2021 10:14 AM
Niena ni yg mana plak? Yg asalnya makan siakap 7kg tu bukan ke ustaz ke apatah.
Sebenarnya pos asal ...
Ramai jgk u yg kuarkn resit lepas uztaz tu viral kn.
Yg I bace 2,3 org jgk berlainan semua nye 1k++ kene ngn kedai tu.
Ade jgk org tunjuk review 2 thun lepas mmg kedai ni dr azali mahal |
|
|
|
|
|
|
|
Adoiiii dia pun nak bunyik, asal naik nama iya dok? |
|
|
|
|
|
|
|
org nk bg tu bedal aje ler...cite p ramlee |
|
|
|
|
|
|
|
Tak padan la ko igt yg mangsa ikang mahal tu semekin ke ..kalau semekin tk de nya nk p makan kt sana bodo sungguh bida ni |
|
|
|
|
|
|
|
missyL replied at 8-11-2021 11:07 AM
Ramai jgk u yg kuarkn resit lepas uztaz tu viral kn.
Yg I bace 2,3 org jgk berlainan semua nye 1k ...
Ye mmg mahal akk aku p sblm pkp
1700k tp dia tk merempan wlpn rasa tk padan
Sbb dh deal harga....kalau kt bawah mmg la separuh harga . |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 9-11-2021 09:29 AM
Ye mmg mahal akk aku p sblm pkp
1700k tp dia tk merempan wlpn rasa tk padan
Sbb dh deal harga.... ...
Die dah deal harga ok la u.
Dah mmg thu harga cmtu n die setuju.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila la nk keluar tudung Siakap pulak ni? Tudung Bawal dh ada. |
|
|
|
|
|
|
|
missyL replied at 9-11-2021 09:30 AM
Die dah deal harga ok la u.
Dah mmg thu harga cmtu n die setuju..
Betul tu ,dia pn ckp balik kt kiteorg mmg tak padan pn harga ikan mahal mcm tu...tp dah diorg nk kan ..kalau aku mmg taklah
Takat 10org makan 1table max to 500/600 oklah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|