CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 621|Reply: 0

[Sabah] Belanjawan Sabah 2022 dibentang 3 Disember

[Copy link]
Post time 6-11-2021 03:58 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor (berdiri tiga kiri) bersama penerima anugerah sempena sambutan Hari Belia 2021 peringkat negeri Sabah. -Foto NSTP/Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan membentangkan Belanjawan 2022 yang antara lain memfokuskan pembangunan modal insan membabitkan golongan belia pada 3 Disember depan.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, berkata antara inisiatif yang dimasukkan dalam belanjawan itu ialah memperkasa latihan kemahiran dalam bidang teknologi, teknikal dan perdagangan melalui

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).

"Kerajaan negeri sentiasa berusaha menambah baik keberkesanan strategi dan pendekatan dalam inisiatif yang memfokuskan pembangunan modal insan membabitkan belia di negeri ini.

"Kita sentiasa terbuka untuk mendengar aspirasi anak muda dan atas faktor itu, Belanjawan Sabah 2022 yang akan dibentangkan pada 3 Disember ini akan memasukkan beberapa inisiatif baharu yang dirangka berpandukan syor dan pandangan kelompok sasar.

"Selaku ketua kerajaan negeri, besar harapan saya agar golongan belia dapat bersama-sama dengan kerajaan untuk menjayakan segala perancangan demi mencapai Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ)," katanya ketika merasmikan sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sabah 2021, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Belia dan Sukan negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Belia Negeri Sabah 2021, Datuk Ellron Angin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.

Hajiji turut berharap cadangan pelaksanaan Program Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKeBS) dapat diinstitusikan sebagai satu program teras pembangunan modal insan dalam kalangan belia di negeri ini.

"Saya amat tertarik dengan cadangan pelaksanaan IKeBS yang dirancang bersama Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Majlis Belia Sabah. Saya berharap pelaksanaan program perintis ini dapat dipantau dengan rapi," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan terus membantu golongan usahawan belia dan yang terkesan secara langsung akibat pandemik COVID-19 melalui skim bantuan dana khusus.


credit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.055905 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list