CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1344|Reply: 10

Tak Dimaklumkan Tarikh Hukuman Gantung, Banduan Akhir Saman Kerajaan

[Copy link]
Post time 5-11-2021 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Dua banduan yang menunggu hukuman mati di Jepun memfailkan saman ke atas negara itu kerana mendakwa amalan memaklumkan hukuman hanya beberapa jam sebelum dilaksanakan sebagai tidak berperikemanusiaan.


Selain menuntut kerajaan melakukan perubahan terhadap amalan berkenaan, mereka juga mahu diberikan pampasan.


Media tempatan melaporkan amalan tidak memaklumkan tarikh hukuman gantung sudah lama mendapat kritikan pertubuhan hak asasi manusia.


Amalan itu sekali gus memberikan tekanan kepada banduan yang berasakan setiap hari menjadi hari terakhir mereka.




Gambar Hiasan




Dipercayai buat pertama kali, dua banduan yang dijatuhi hukuman mati memfailkan saman di mahkamah daerah di Osaka semalam, mendakwa amalan itu menyalahi undang-undang kerana tidak memberi masa kepada banduan untuk memfailkan bantahan, menuntut amalan itu dipinda dan meminta pampasan 22 juta yen (RM0.81 juta), menurut laporan media tempatan, hari ini.


"Banduan hukuman mati ketakutan setiap pagi yang mana ia mungkin menjadi hari terakhir mereka," kata peguam yang mewakili seorang plaintif yang dipetik agensi berita Kyodo sambil menyifatkan amalan itu sangat tidak berperikemanusiaan.


Menurut Kyodo, peguam itu dilaporkan berkata, tiada undang-undang yang mewajibkan banduan dimaklumkan mengenai hukuman mati hanya pada hari ia akan dilaksanakan dan amalan itu bertentangan dengan kod jenayah Jepun.


Sementara itu, Jurucakap Kementerian Kehakiman enggan memberikan komen berkenaan kes berkenaan dan bagaimana hukuman mati dilakukan.


Di Jepun, hukuman mati biasanya dijatuhkan atas kes pembunuhan dan hukuman mendapat sokongan sangat tinggi daripada kalangan masyarakat awam.


Untuk rekod, tiada hukuman gantung dijalankan di Jepun pada 2020 sekali gus menjadi tahun pertama tanpa hukuman mati sejak 2011 dan bagi tahun ini juga dikatakan masih tiada hukuman mati dilaksanakan.


Setakat ini, 110 orang dijatuhi hukuman mati di Jepun, kata media tempatan namun angka itu bagaimanapun tidak disahkan oleh Kementerian Kehakiman. - CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2021 03:18 PM | Show all posts
errr nk gak saman pasal duwet kwsp 10k one-off...bile tew bilerrrr...asyik2 hint je...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 03:49 PM | Show all posts
hukuman mati biasanya dijatuhkan atas kes pembunuhan


What a joke..

nak kena inform when u r gonna get hang?
tak pikir plak mangsa yg diorang bunuh tu, ade ke bagi notice awal2?
gi mammm...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
how about we do what japan does to death row inmates
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh.. Aku ada tgk dokumentari ttg ni.. Katanya banduan akhir mmg stress gila.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia pun lebih kurang jugak kot kalu x silap..gantung ari jumaat, pagi khamis dimaklumkan..ke khamis minggu sebelum ek? Lupa la..penah baca kat mana tah..pastu buleh request meal apa diorg nak sbg hidangan terakhir..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2021 01:54 AM | Show all posts
"Banduan hukuman mati ketakutan setiap pagi yang mana ia mungkin menjadi hari terakhir mereka," kata peguam yang mewakili seorang plaintif yang dipetik agensi berita Kyodo sambil menyifatkan amalan itu sangat tidak berperikemanusiaan.


eh ko merepek ni apa ni babi? mati ketakutan? tak berperikemanusiaan? time ko buat jenayah tak pikir pulak mangsa dan family mati ketakutan hah babi? tak pikir pulak perikemanusiaan kat mangsa tu hah babi sialan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 02:01 AM | Show all posts
eh babi ko dah senang2 buat jenayah lepas tu nak saman orang pulak apa jadah ni babi? mangsa yang kena menderita tanggung seksa dapat apa jah hah babi hanat? mangsa bunuh macam arwah zulfarhan tu dapat apa jah babi sialan dah la teruk kena seksa lepas tu meninggal tak dapat bela diri langsung yang bangsat2 pembunuh tu pulak boleh lepas 302 lepas tu nanti bawak mahkamah rayuan segala bagai tup tup makin ringan hukuman apa jadah hah babi setan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
tu la kan, time buat jenayah memang lupa diri
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 12:18 PM | Show all posts
Kat Jepun rupanya ingatkan kat tanahair
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 09:30 PM

............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.432304 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list