CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4232|Reply: 4

25 Spot Menarik di Gangwon, Korea!

[Copy link]
Post time 3-11-2021 08:19 PM | Show all posts |Read mode
25 Spot Menarik di Gangwon, Korea!



Korea merupakan salah-satu negara yang seringkali menjadi tumpuan pengunjung tidak kira dari dalam atau luar negara. Boleh dikatakan di setiap pelusuk Korea itu mempunyai daya tarikan tersendiri untuk diterokai. Sebelum ini Kaki Travel ada kongsikan tempat-tempat best di Pulau Jeju.. so, kali ini kami nak kongsikan destinasi yang perlu dikunjungi sekitar Gangwon pula!

Untuk makluman anda, wilayah Gangwon ini terletak di bahagian timur Semenanjung Korea. Anda pasti jatuh cinta saat berkunjung ke Gangwon kerana pemandangannya yang cantik tak kira musim. Selain itu, Gangwon juga popular sebagai destinasi yang menjadi lokasi penggambaran untuk artis K-Pop dan K-Drama. Oleh itu, kami nak kongsikan pada anda 25 spot menarik di Gangwon yang harus dilawati!

Bagi memudahkan pembacaan anda, kami sediakan list supaya anda lebih senang mencari apa yang anda mahu. Ini adalah senarainya:

No. 1 – 10 : Destinasi Yang Perlu Dikunjungi
No. 11 – 15: Glamping Spots Yang Menarik
No. 16 – 25: Instagrammable Spots


1. Gangneung Coffee Street
Kini, budaya kopi menjadi salah-satu trend global. Untuk pengetahuan anda, Malaysia berada di kedudukan ke-45 dari segi penggunaan kopi global pada tahun 2021.

Sekiranya anda ke Gangneung Coffee Street, anda bakal bertemu dengan pelbagai aneka kedai kopi dibuka di sepanjang jalan itu. Kebiasaanya pada bulan Oktober akan diadakan satu festival iaitu Gangneung Coffee Festival. Bolehlah merasa aroma kopi Gangwon sambil cuci mata tengok pemandangan laut yang luas!


Kredit Foto: Gangwon Province

2. Mt. Balwangsan Skywalk, Pyeongchang

Rasanya ramai lagi yang tak ketahui kewujudan tarikan skywalk yang ada disini. Skywalk ini terletak di dalam Resort Yongpyong, dibangun di atas Gunung Balwangsan. Menariknya, skywalk ini adalah yang paling tinggi di Korea (1458 m). Memang seronok datang kesini sebab anda bukan sahaja boleh menjejakkan kaki atas lantai kaca malahan, sedap ja mata tengok pemandangan panorama 4 musim disini! Oh ya, kalau anda nak ke puncak atau kafe disini, boleh naik gondola ya.

Harga tiket (ulang-alik): 20,000 won (Dewasa) // 16,000 won (Kanak-kanak)


Kredit Foto: Gangwon Province

3. Yeonggeumjeong Pavilion, Sokcho

Bagi kalian yang memang suka tengok view sunrise atau sunset.. ini port paling cantik perlu dilawati! Boleh dikatakan tempat ini terkenal sebagai port tengok view sunrise/sunset. Kalau nak berkunjung waktu malam pun nice juga sebab ada jambatan yang diterangi hiasan lampu yang indah. Pavilion ini juga merupakan salah-satu spot yang seringkali menjadi tumpuan orang ramai khususnya geng-geng photographer!



Kredit Foto: Korea Tourism Organization

4. Hwaam Cave, Jeongseon

Merupakan sebuah gua batu kapur terbesar di Asia, monumen wilayah Gangwon-do No.33. Dalam gua ini anda bakal rasai pengalaman seolah-olah berada di dunia lain sebab ada banyak cahaya lampu menerangi gua. Selain dari menjadi tempat bersiar-siar, gua ini juga dijadikan tempat pendidikan seperti pemerhatian ekologi gua dan pengumpulan emas.


Kredit Foto: Korea Tourism Organization

5. Jeongdong-Simgok Badabuchae-gil Trail, Gangneung

Merupakan kawasan monumen semula jadi yang merangkumi teres pantai terbesar dan terpelihara di Korea. Tempat ini sesuai untuk kalian yang nak cari ketenangan sambil fefeling jalan tepi laut dengan tebing. Bagi K-drama lovers, wajib singgah kesini sebab anda harus berfoto di depan rumah api merah di Pelabuhan Simgok iaitu lokasi penggambaran untuk beberapa drama Korea!


Kredit Foto: Gangwon Province

6. Sea Train


Jom rasai pengalaman menaiki keretapi sambil nikmati pemandangan laut timur laut yang menakjubkan! Kalau anda nak tahu, keretapi ini terbahagia kepada empat gerabak, tiga di antaranya dengan tempat duduk yang menghadap ke tingkap bagi memberi penumpang lihat pemandangan laut penuh dan satu lagi gerabak khas untuk anda yang menaiki bersama keluarga.

Stesen yang dilalui keretapi ini adalah Stesen Gangneung – Stesen Jeongdeongjin – Stesen Mukho- Stesen Donghae- Stesen Chuam – Stesen Samcheok

Stesen Jeongdeongjin merupakan salah-satu hentian yang menjadi perhatian sebagai destinasi pelancongan paling popular bagi orang Korea khususnya untuk melihat matahari terbit.


Kredit Foto: Gangwon Province

7. Ojuk Hanok Village, Gangneung

Jika anda mahu bercuti sambil pelajari budaya Korea, boleh singgah ke Ojuk Hanok Village ini. Dekat sini anda boleh menginap di rumah tradisional Korea sambil kenali nilai sejarah Hanok! Boleh dikatakan kini, Hanok menjadi trend baru dalam kalangan pelancong untuk mengenali lebih dekat tentang Korea. Bukan sahaja itu, anda juga berpeluang untuk mencuba pemakaian hanbok dan bermain beberapa permainan tradisional Korea.


Kredit Foto: Gangwon Province

8. Byeongbangchi Skywalk, Jeongseon

Kalau anda menaiki skywalk disini, anda boleh melihat view Sungai Donggang mengalir di sekitarnya. Skywalk disini mempunyai lantai kaca berbentuk U dengan ketinggian 583 meter. Memang cantik dapat tengok panorama alam dari atas skywalk ini!


Kredit Foto: Gangwon Province

9. Alpaca World, Hongcheon

Suka tengok haiwan yang comel? Jom kesini untuk lihat alpaca depan mata beb! Di Alpaca world anda boleh berjalan-jalan sambil memberi makan pada alpaca. Terdapat juga kereta api alpaca untuk dinaiki pengunjung. Selain alpaca, terdapat juga haiwan lain seperti arnab, rusa, burung unta dan banyak lagi!

Menariknya tempat ini adalah kerana setiap pemandangan berbeza-beza mengikut musim lagi-lagi pada musim Spring, Autumn & Winter.


Kredit Foto: Gangwon Province

10. Gyeongpo Lake, Gangneung

Spot ini terkenal untuk melihat bunga sakura pada musim bunga. Pada setiap tahun akan diadakan Gyeongpo Cherry Blossom Festival. Anda boleh ajak rakan-rakan atau pasangan anda untuk berjalan-jalan di kawasan yang dipenuhi ratusan pokok ceri ini disamping menikmati angin Laut Timur yang menyegarkan!


Kredit Foto: Gangwon Province


11. Jangho Beach Campsite, Samcheok

Pantai Jangho terkenal dengan pemandangan laut yang indah, air yang tenang dan jernih. Disini anda bakal lihat banyak khemah didirikan betul-betul berhadapan pantai. Anda juga boleh cuba aktiviti snorkeling & scuba diving semasa berkhemah di sini. Oh ya, terdapat juga kereta kabel laut Samcheok di seberang laut.

Banyak pilihan disediakan sekiranya anda mahu berkhemah disini. Antaranya:
Karavan, rumah kontena spa, tapak perkhemahan automatik (tempat kosong di mana anda boleh memasang khemah sendiri) & tapak perkhemahan (perkemahan yang dibina di hutan pinus).



Kredit Foto: Samcheok Jangho Beach Camping

12. Gyeongpo Caravan Park, Gangneung

Gyeongpo Caravan Park terletak berhadapan Pantai Sacheon. Merupakan salah-satu tapak perkhemahan yang menarik untuk menyaksikan matahari terbit dan terbenam di laut. Setiap karavan mempunyai bahagian tersendiri di mana anda boleh membuat aktiviti pemanggangan daging dan sebagainya. Sambil berkhemah kat sini anda bolehlah berjalan-jalan ambil angin laut di persisiran pantai beb!



Kredit Foto: Sea Caravan

13. Nightsky Glamping, Sokcho

Bagi anda yang nak berkhemah dalam kawasan hutan pinus.. ini port terbaik! Nightsky Glamping menawarkan anda pengalaman untuk berbaring di tempat tidur gantung (hammock) sambil menatap bintang-bintang di langit malam.

Terdapat beberapa jenis bilik disediakan iaitu:
rumah bergaya opera, teres luar, rumah pencen, rumah kabin, dan karavan. Anda juga boleh menaiki basikal disekeliling kawasan ini secara percuma!

Selain itu, tempat ini berdekatan dengan beberapa tempat tarikan seperti Pantai Sokcho, Taman Negara Seoraksan, Sokcho Tourist & Fishery Market.


Kredit Foto: Sokcho Night Sky Glamping

14. Kanu Glamping & Pension, Hwacheon

Tempat ini sesuai untuk anda yang ingin berglamping di kawasan pergunungan. Anda boleh pilih untuk menginap di hotel pencen, berkhemah dengan katil atau ondol (sistem pemanasan tradisional Korea). Setiap bilik dilengkapi dengan perapian individu dan meja santai (outdoor). Pada musim panas, kolam renang (outdoor) & air bounce disediakan.


Kredit Foto: Kanu Glamping & Pension Official

15. Camp April, Yeongwol

Camp April adalah sebuah laman perkhemahan berkonsepkan ‘Vintage Amerika’. Terdapat banyak pilihan tempat perkhemahan yang unik disediakan seperti Kem Kayak, Kem Airstream, Kem VW Microbus, Rumah Teres, Bas Sekolah dan Dodge.

Jika anda bernasib baik, anda dapat menyaksikan butiran bintang bergemelapan dengan jelas di malan hari beb!

Kredit Foto: Camp April Official

16. Mi-in Waterfall, Samcheok

Mi-in Waterfall adalah salah-satu ‘HOT’ spot orang-orang Korea untuk berfoto! Anda bakal terpesona dengan keindahan air terjun yang segar dan seolah-olah berwarna emerald! Kalau nak tahu, air tersebut bertukar warna oleh kerana batu kapur dari celahan batu-batu disitu cair lalu mengalir ke air terjun.


Kredit Foto: mi.gomi_0407

17. Yukbaekmajigi, Pyeongchang

Sekiranya anda berkunjung pada musim panas, anda bakal terpegun melihat bukit yang diliputi oleh bunga daisies! Terdapat juga kincir angin besar berwarna putih dan rumah klasik dengan seni bina ‘Dutch Style’. Tempat ini merupakan salah-satu spot bergambar yang famous dan instagrammable sangat!


Kredit Foto: rising_gangwon


18. Maengbang Beach, Samcheok

Untuk makluman anda, ini adalah spot penggambaran kumpulan muzik Korea, BTS untuk Album Jacket lagu ‘Butter’. Sejak BTS menjejakkan kaki kesini, pantai ini meraih populariti sehingga hampir 8,000 pengunjung datang setiap hari beb! Gilakan penangan BTS? Secara tidak langsung, pantai ini menjadi pantai kedua paling banyak dikunjungi di Provinsi Gangwon baru-baru ini. Pantai Maengbang ini terletak hanya 10 minit dari stesen Samcheok. So geng ‘Army’ wajiblah masukkan tempat ini dalam list korang ye!


Kredit Foto: Korea Tourism Organization

19. Domun Coffee, Sokcho

Anda nak cari tempat santai yang unik? Ini spot terbaik buat anda! Domun Kafe berkonsepkan hanok yang menghadap ke Gunung Seorak. Kini, ‘Cafe hopping’ menjadi trend di seluruh dunia. So kalau anda geng-geng cafe hopping marilah kesini minum kopi sambil layan view pergunungan. Tenang is good!


Kredit Foto: domun_coffee

20. Najeon Station, Jeongseon

Untuk makluman anda, dahulunya tempat ini adalah sebuah stesen kereta api tapi kini bertukar menjadi sebuah kafe. Sesekali merasa pengalaman menikmati hidangan di kafe yang unik pun nice juga kan?


Kredit Foto: Najeon Cafe

21. Youngwol Y Park, Yeongwol

Art Lovers! Anda perlu lawati tempat ini! Youngwol Y Park adalah sebuah muzium seni berkonsepkan kontemporari. Anda boleh hayati pelbagai jenis karya seni yang unik dan style! Jangan lupa untuk berfoto di ‘Red Bamboo’ yang terletak betul-betul di pintu masuk depan. Port wajib bergambar tu!


Kredit Foto: Korea Tourism Organization

22. Ginkgo Tree Forest, Hongcheon

Antara tarikan terbaik untuk menikmati musim luruh. Sebenarnya, Ginkgo Tree Forest ini merupakan sebuah taman persendirian yang ditanam dan dijaga oleh seorang lelaki selama lebih dari 30 tahun dengan harapan pemulihan isterinya. Hutan ini mula dibuka untuk umum pada tahun 2010 dan merupakan hutan Ginkgo terbesar di negara Korea. Terdapat lebih dari 2.000 Gingko kuning disini guys. Oh ya, tempat ini hanya dibuka pada bulan Oktober sahaja.


Kredit Foto: Gangwon Province

23. Wondaeri Birch Forest, Inje

Kawasan ini tersenarai dalam Top 100 Tempat Pelancongan yang mesti dikunjungi di Korea. Seringkali mendapat perhatian para pengunjung tidak kira dari Korea atau luar negara. Terdapat lebih 700,000 pokok birch ditanam di lanskap seluas 138 hektar ini. Kalau nak cuba mendaki, anda boleh turut serta beberapa kursus mendaki yang disediakan. Juga popular sebagai spot untuk gambar perkahwinan.


Kredit Foto: mayho10

24. Daegwallyeong Sky Ranch, Pyeongchang

Tempat ini turut tersenarai dalam Top 100 Tempat Pelancongan yang mesti dikunjungi di Korea. Pernah menjadi lokasi penggambaran untuk ‘2021 BTS Winter Package’ dan beberapa lokasi penggambaran drama. Anda juga boleh rasai pengalaman ‘sheep feeding’ disini.


Kredit Foto: Gangwon Province

25. Anbandegi, Gangneung

Anbandaegi adalah kampung kubis Korea, terletak di tengah-tengah pergunungan pada ketinggian 1.100 m dari permukaan laut. Pengunjung datang ke kampung ini pada waktu malam untuk melihat bintang dan, jika anda bernasib baik, anda dapat melihat Bima Sakti! Anbandegi mempunyai kawasan yang sempurna untuk melihat bintang.


Kredit Foto: Korea Tourism Organization

Banyak kan spot menarik untuk dilawati dekat Gangwon ni beb! Kalau nanti border dah buka dan korang berniat nak datang ke Korea.. silalah singgah ke tempat-tempat yang kami share ni okay! Panduan ini dibawakan kepada anda oleh Gangwon Province.


Sumber:https://kakitravel.net/travel/de ... ot-menarik-gangwon/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2021 09:13 PM | Show all posts
ahhh bestnyeeee....anak2 i ollz pun sibuk ajak gi korea...pengaruh squid games
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Next trip.. Jeju.. InshaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 08:16 AM | Show all posts
xyah g jauh lah...buang duit masa semua nk dpt nikmat dunie...aku g umah jiran sebelah ja....janda lagi...hehheh melawak ja
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 07:57 PM | Show all posts
mmm menarik...baru sempat gi jeju,..seoul dan persekitaran je...skin care murah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.046739 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list