CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2108|Reply: 12

Untung Lebih 3 Bilion, Pengarah Squid Game Langsung Tak Dapat Bonus

[Copy link]
Post time 3-11-2021 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Biarpun Squid Game merupakan siri paling popular dalam Netflix, pengarahnya, Hwang Dong-hyuk mendedahkan, dia tidak menerima sebarang imbuhan atau bonus daripada gergasi penstriman tersebut.


Bercakap kepada  sebuah portal antarabangsa baru-baru ini, Dong-hyuk berkata, dia bukanlah seorang yang kaya-raya tetapi apa yang dimiliki dalam kehidupan sekarang sudah lebih daripada mencukupi.


“Saya tidaklah kaya mana tetapi apa yang saya ada sudah lebih daripada mencukupi.


“Ada makanan yang mencukupi di atas meja dan tiadalah sampai Netflix beri saya bayaran bonus. Netflix bayar saya mengikut apa yang termaktub dalam kontrak asal,” kata lelaki berusia 50 tahun itu.










Mengimbau pengalaman duduk di bangku pengarah untuk siri berkenaan, ujar Dong-hyuk, situasi yang dialami memang sangat memenatkan daripada pelbagai aspek.


“Sangat memenatkan dari segi fizikal, mental dan emosi. Saya selalu sahaja ada idea untuk buat semula setiap episod ketika mengarahkan siri berkenaan. Jadi, kerja bertambah rumit,” katanya.


Berkongsi tentang perjalanan pahit yang terpaksa ditempuhi sebelum kejayaan Squid Game, Dong-hyuk mendedahkan, pernah satu ketika, dia terpaksa membuat pinjaman bank kerana kesempitan hidup.


Ujarnya, dari situlah timbul idea untuk membikin filem Squid Game iaitu pada 2009 yang menjadi fenomena global.


“Dari segi kewangan ketika itu, saya memang miskin. Ibu saya bersara dan waktu sama, saya waktu itu sedang bekerja untuk satu filem namun gagal kerana masalah kewangan.


“Kami sekeluarga tidak bekerja selama setahun. Kami terpaksa berhutang dan buat pinjaman – ibu saya, diri saya sendiri dan nenek,” katanya.


Squid Game kini merupakan siri paling ‘bernilai’ Netflix mengatasi Bridgerton. Dianggarkan, keuntungan yang diraih Netflix hasil penerbitan siri berkenaan berjumlah AS$ 887 juta (RM3.6 bilion) – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2021 12:40 PM | Show all posts
Hello i like squid game
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 01:17 PM | Show all posts
I like it too. Org tu tu terpaling mastermind. Dah tua nak main game lagik
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 01:18 PM | Show all posts
Owh dia terima bayaran ikut kontrak asal. So fair to both sides la takde dakwa dakwi. Kalau Netflix nak bagi lebih, tu atas budi bicara diorang
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 03:26 PM | Show all posts
aku layan episod 1,2 then last episod

malas nak bermaraton jauh2
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 03:52 PM | Show all posts
gg kesian la dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas: aku layan episod 1,2 then last ...

Pls consider layan episod 6. Sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai sekarang tak tengok lagi cite ni haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2021 01:35 AM | Show all posts
msti netflix cawangan korea makan besar ape.. hanat ar tak bagi bonus.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kata ritu sama mcm cite jepun.. Kaka norm tgk cite jepun tu.. Gila xsama dan sgt xbest.. Cite jepun tu masuk2 terus bunuh2 plot xdeveloped dgn baik. Lagu xsedap n hantu dia hodoh..buang masa kaka sungguh!

SG ni even kejam n nama cite ntah hape2 tp cite dia proper sikit la.. Masuk game sbb nk ubah hidup. Oklaaa...

Dr yang jepun tu gi sekolah tetibe xblh kuar kelas..pastu darah sume jadi bebola guli? Apoo
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
3bil untung.. perghh..

team netflix xpyh keje dh laaa seumur hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2021 10:18 PM | Show all posts
ruginyaaaa mesti dia pon  x tahu drama ni akan meletop ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 09:59 PM | Show all posts
mcm hantu Kak Limah dulu lah untung besar,
tapi pelakon x dapat bonus dari penerbit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.102177 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list