CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1057|Reply: 1

[Borneo] [ informasi ] Jangan Pentingkan diri.

[Copy link]
Post time 3-11-2021 02:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 3-11-2021 02:34 AM
Sekiranya anda merupakan pemandu kenderaan dengan lampu putih HID sila ambil tindakan segera untuk menukar lampu tersebut.

Tahukah anda, walaupun pandangan anda lebih jelas dengan jarak penglihatan yang lebih luas tetapi anda TIDAk sendirian di jalan raya.

Penggunaan lampu putih HID menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan raya lain. Cahaya lampu putih yang terlalu terang menyebabkan pandangan menjadi silau dan ini boleh menyebabkan risiko kemalangan.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2021 02:32 AM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 3-11-2021 02:33 AM
Hujan-hujan malam begini memang bahaya. Pernahkah anda alami, kenderaan dihadapan mendekati, anda lihat tiada lampu brek menyala.

Bila anda sedari, kenderaan tersebut telah berada di depan mata. Anda terkejut dan terus menekan brek dengan kuat untuk mengelakkan dari berlanggar.

Rupanya lampu brek ketiga kereta hadapan tidak berfungsi dan anda tidak perasan lampu brek di tepi telah menyala.

Keadaan ini sebenarnya normal. Mata kita hanya boleh fokus di tengah dan sekitarnya biasanya kabur. Sebab itu lampu brek ketiga adalah penting.  

Lampu brek ketiga juga dikenali sebagai lampu brek tengah, lampu brek paras mata/tinggi, atau lampu brek keselamatan.

Kenderaan yang tidak mempunyai lampu brek ketiga berisiko tinggi untuk dilanggar kenderaan dari belakang.

Di Malaysia, kita sering lihat pada kereta King Myvi, Alza dan juga sesetengah kenderaan Proton seperti Saga, lampu brek ketiga kenderaan tersebut rosak.

Ada banyak punca rosak lampu brek ketiga.
✅ lampu terbakar
✅ fuse terbakar
✅ wiring rosak  

Adalah penting untuk anda memeriksa lampu ketiga ini. Bagaimana anda boleh memeriksa? Minta bantuan kawan untuk lihat brek ini berfungsi atau tidak dengan anda menekan brek pada waktu yang sama.

Pusat servis kenderaan juga perlu melihat kerosakan ini dan memaklumkan pada pemilik agar ianya digantikan.

Cegah dari kenderaan anda dilanggar dengan memastikan lampu brek tengah berfungsi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.256682 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list