CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1152|Reply: 1

[Borneo] Sabah & Sarawak Jadi ‘Anak Tiri’ Lagi Dalam Bajet 2022

[Copy link]
Post time 2-11-2021 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Sabah & Sarawak Jadi ‘Anak Tiri’ Lagi Dalam Bajet 2022, Kata Shafie Apdal

Shafie berkata, hanya dengan pembahagian kekayaan dan sumber yang adil dan saksama akan lahir kehidupan rakyat yang aman dan berdaya maju.

KUALA LUMPUR: Sabah dan Sarawak sekali lagi “disisihkan” oleh Putrajaya dalam Bajet 2022, kata bekas Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal.

Shafie (Warisan-Semporna) berkata, walaupun negeri Borneo menyumbang hampir RM145 bilion atau 45% daripada hasil petroleum kepada kerajaan persekutuan namun peruntukan pembangunan yang diberikan kepada Sabah adalah RM5.2 bilion dan Sarawak RM4.6 bilion sahaja.

Katanya, ia hanya meliputi 3.04% daripada keseluruhan nilai Bajet 2022 yang berjumlah RM322.5 bilion.

Beliau turut mempersoalkan peruntukan bagi semua kaum di Sabah dan Sarawak hanya berjumlah RM10 juta berbanding peruntukan yang diberikan kepada kaum Cina, India dan Orang Asli masing-masing menerima RM200 juta, RM145 juta dan RM247 juta.

“Sangat jelas, sekali lagi orang Sabah dan Sarawak disisihkan oleh kerajaan persekutuan. Di manakah keadilannya?

“Untuk mencapai kemakmuran dalam negara ini, kerajaan perlu berlaku adil kepada semua negeri. Janji yang dibuat kepada Sabah dan Sarawak ketika penubuhan Malaysia pada 1963 mesti dikotakan untuk kebaikan bersama,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Presiden Warisan berkata, hanya dengan pembahagian kekayaan dan sumber yang adil dan saksama akan lahir kehidupan rakyat yang aman dan berdaya maju.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) turut mempersoalkan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk membiayai pengangkutan ke kawasan luar bandar termasuk di Kudat dan Long Pasia di Sabah serta Ba’kelalan dan Bario di Sarawak yang tiada penerbangan untuk menghubungkan kawasan berkenaan dengan daerah lain.

“Jadi kita memerlukan penjelasan daripada pihak kerajaan bagaimana subsidi ini akan dilaksanakan memandangkan tiada pengangkutan udara yang menghubungkan daerah berkenaan,” katanya.

Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan kadar levi keuntungan kelapa sawit daripada 1.5% kepada 3% bagi pekebun di Sabah dan Sarawak bagi menyamakan kadar levi dengan Semenanjung.

Menutup perbahasan, Shafie membidas Bajet 2022 yang hanya menjurus kepada elemen “beli jiwa” kerana tiada penekanan khusus untuk menurunkan kadar hutang negara. “Tiada juga pendekatan jelas untuk merancakkan ekonomi negara selepas pandemik melanda,” katanya.

Kerajaan meningkatkan kadar hutang daripada 55% pada 2019 kepada 65% pada 2021 dan setakat ini Malaysia dilaporkan mempunyai kadar hutang negara tertinggi di ASEAN dengan 62% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding lima negara membangun di ASEAN.

Setakat ini, hutang negara bagi Indonesia ialah 41%, Filipina 52%, Thailand 48% dan Vietnam 37%. – FMT


sabahpost.net/2021/11/02

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2021 01:47 AM | Show all posts
Sarawak lebih teruk ...
Sabah adalah RM5.2 bilion dan Sarawak RM4.6 bilion sahaja.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.202066 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list