Mula dengan rasa tidak sedap badan pada Isnin, pengarah dan penerbit Shahrulezad Mohameddin berasa lega apabila keputusan ujian calitan kedua akhirnya menunjukkan dia positif Covid-19.
Kredit foto: IG Shahrulezad
Menurut pengarah drama Nur ini, pada mulanya dia berasa bimbang menjadi pembawa virus maut itu kerana ragu-ragu dengan keputusan ujian pantas atau RTK-Antigen yang mendapati keputusan negatif.
Shahrulezad berkongsi mengenai berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.
Dalam pada itu, Shahrulezad menasihati orang ramai agar melakukan ujian calitan di klinik atau hospital sekiranya berasa kurang sihat.
Sumber: mStar |