View: 3075|Reply: 18
|
"Kalau Usahawan Gila Glamor Terus 'Propa' Buat Muzik, Hancur Masa Depan Ind
[Copy link]
|
|
Komposer Dr. Azmeer memberi peringatan kepada mana-mana usahawan tempatan agar berhenti memperlekehkan industri seni muzik tanah air dengan menceburkan diri dalam dunia seni suara untuk tujuan publisiti murahan.
Azmeer atau nama sebenarnya, Mohd. Azhar Abu Bakar berkata, kalau seseorang itu tidak memiliki bakat menyanyi, lebih baik lupakan sahaja hasrat untuk memeriahkan industri dengan produk seni tidak berkualiti bagi tujuan ‘marketing’ atau publisiti.
“Bagi saya, perlu ada pemantauan dan penapisan daripada pihak atau agensi berkaitan agar ‘penyakit’ ini tidak terus melarat. Nak keluarkan single, tiada masalah tapi sedarlah bahawa bidang seni muzik bukan platform atau gelanggang ‘permainan’ publisiti.
“Biarlah orang yang betul-betul berbakat dan mempunyai usaha untuk menjadikan industri ini sebagai punca rezeki untuk ceburkan diri. Kalau buat single untuk tujuan mengkomersialkan nama atau produk perniagaan, nasihat saya, tolong berhenti,” katanya kepada Kosmo.
Foto: Kosmo
Tambah Azmeer yang merupakan komposer yang telah melahirkan banyak karya malar segar seperti Purnama Merindu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Menadah Gerimis (Ziana Zain), budaya tersebut yang sedang diamalkan di Malaysia akan membunuh industri kalau dibiarkan terus berlarutan.
“Macam saya cakap tadi, pihak berkaitan seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia atau agensi yang bernaung di bawahnya perlu melakukan sesuatu. Industri akan nazak kalau senario ini berterusan.
“Orang takkan pandang industri seni muzik sebagai satu pekerjaan yang serius. Kalau dibiarkan mereka (usahawan gila glamor) terus ‘propa’ buat muzik atas nama publisiti, hancur masa depan industri kita.
“Kalau mereka nak menyanyi, tiada masalah. Silakan tapi tolong jangan ada niat nak memperlekehkan bidang ini untuk tujuan publisiti murahan produk jualan mereka. Tolong hormat industri muzik kita,” ujarnya lagi.
Getus Azmeer yang baru sahaja selesai menamatkan Ijazah Kedoktoran (PhD) Muzik di Universiti Utara Malaysia (UUM), industri seni muzik tanah air bukan tempat untuk orang yang mementingkan keuntungan diri sendiri demi mengaut hasil menggunakan landasan yang tidak betul.
“Jangan manipulasikan seni (muzik) demi kepentingan diri sendiri. Nak menyanyi atau rakam lagu, pastikan anda datang dengan bakat sekali.
“Rakam lagu untuk tujuan publisiti dan bukan dikerjakan orang-orang seni bagi saya adalah perkara yang tidak sihat. Seni harus berjalan seiringan dengan Intelligence Quotient (IQ).
“Kalau betul-betul nak martabatkan industri seni tanah air sampai ke peringkat global, situasi yang saya sifatkan sebagai kanser ini perlu dibendung bermula dari sekarang,” katanya.
Azmeer diminta memberi pendapat profesionalnya berkenaan mana-mana individu yang berstatus usahawan yang menggunakan seni muzik sebagai antara platform untuk melariskan produk jualan mereka atau demi tujuan publisiti murahan.
Hari ini pukul 5 petang, selepas Datuk Seri Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri, seorang lagi usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli mengikut jejak langkah mereka apabila terjun dalam bidang nyanyian dengan melancarkan single pertamanya berjudul Hujan.
Lagu tersebut mendapat sentuhan komposer penyanyi Oja dan dua orang anggota Floor88 iaitu Zai Hamzah dan Achoi sementara lirik daripada Iqbal sendiri serta Zai dan Achoi. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Sian iqbal kena ikat ngan kene baling kasut.. eh meolls tertengok pulekk |
|
|
|
|
|
|
|
sama jugak ngan instafamous yg suara nth apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
biar ajelah diorang nak buat.. duit banyak kan
yang penting kita boikot
lama2 senyap lah |
|
|
|
|
|
|
|
aik lupe ke dlu ko pon buatkan lagu utk geng syahmi sazli yoe parey? sore diorg berbakat ke? cerita die sbb ko tk dihire kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi alepsokri cakap sora heshe merdu yach |
|
|
|
|
|
|
|
Takpalah.. Lagu retis in bukan sedap sangat. Diorang ni atleast menghiburkan |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya memang dah out dan hancur dah pun industri tempatan ni... jadi kehancuran apa lagi yang nak di nantikan? si chipmunk pun boleh masuk AJL dekkkk...
terima je lah hakikat agittewww... pendengar lagu tempatan vs orang tempatan dengar lagu luar negara, lagi ramai yang melayan kpop ke hollywood tu berbanding lagu tempatan...
bukan tak support, dah support seadanya... dah langgan spotify semua dan bagi views dekat youtube untuk retis2 ni dapat duit... masalahnya orang dalam industri tu sendiri yang tak nak ubah...
mentaliti rakyat pun dah taste tinggi2 macam filem hollywood, lagu hollywood, mv high quality etc walaupun muka jowo... tapi industri tempatan masih sedih...
soooo jadi agen kek mamasabariah je lah dek lagi menjana ekonomi... |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu baik camne pun, kau as ketua juri pilih lagu tapape jugak masuk ajl |
|
|
|
|
|
|
|
Dua jer contoh lagu popular malar segar?? Jauh bertiang la berbanding saari amri yang tiada Dr. punnnn. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnye lagu skrg pun dah tahap sampah lirik nye
Xde seni. Rima ke laut, lirik mcm bodo
So alang2 sampah, masuk sekali keladak mcam sengkuang bernama Iqbal ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sgguh tk sdp suara dia ni
Kecoh2 rupanya nk jd retis |
|
|
|
|
|
|
|
Iyerr
Asal berduit semua bley jadi
Bakat tolak ke tepi
|
|
|
|
|
|
|
|
cakap tak serupa bikin kannn...
dia tuh mana boleh ada yang komen...
dia buat semua betul... puihh...
|
|
|
|
|
|
|
|
laaa dorang pun ada lagu gak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 3-11-2021 11:14 PM
Dua jer contoh lagu popular malar segar?? Jauh bertiang la berbanding saari amri yang tiada Dr. punn ...
Setujuu...Mohon azmeer nih bersaraa terus...lagu pun dah takde produce |
|
|
|
|
|
|
|
Not bad juga lagu hujan Tu...within X sampai seminggu dah cecah 1.7 views...termasuk org yg view utk cerca hahaha...good job Eric floor 88..lagu tu sedap jugak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|