CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2069|Reply: 10

Spekulasi Bukan-Bukan Tengok Makhluk Putih Dalam Masjid

[Copy link]
Post time 1-11-2021 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Orang ramai diminta berhenti menyebarkan video yang menunjukkan makhluk putih di ruang solat di Masjid Jamek Kampung Banggol Peradong di sini, bagi mengelak kekeliruan dan ketakutan.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Banggol Peradong, Zulkifli Mamat berkata, video berdurasi 33 saat itu hanya gurauan namun bertukar serius selepas ia tersebar di media sosial.


Katanya, siasatan mendapati ia dirakam sesetengah pihak dengan niat untuk bergurau dengan jawatankuasa yang ditugaskan membaik pulih kamera litar tertutup (CCTV) di dalam masjid berkenaan.




Video Makhluk Putih Dalam Masjid Tersebar





"Kami baru saja memasang CCTV dan ada jawatankuasa yang ditugaskan untuk memastikan kelancaran CCTV ini dan mereka memaklumkan membuat rakaman itu dengan niat untuk bergurau.


"Ia mula menimbulkan pelbagai reaksi selepas rakaman itu tular dan jawatankuasa berkenaan juga tidak tahu bagaimana rakaman itu boleh tersebar.


"Bagi pihak pengurusan masjid, saya memohon maaf di atas kejadian ini dan harap video sama tidak disebarkan lagi.


"Orang ramai tidak perlu takut untuk menunaikan solat di sini dan kita mengalu-alukan kedatangan jemaah ke masjid ini bagi mengimarahkan lagi rumah ibadat ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Sebelum ini, tular di media sosial video yang menunjukkan imej makhluk putih di ruang solat di masjid berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2021 01:05 PM | Show all posts
Ajk masjid Ganu dah nkp?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 01:47 PM | Show all posts
yg suruh jemaah takut hantu kat rumah Allah kenapa?


bodoh tak campo air
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
lobai kan bodoh tmasuk ajk nye, nak prank kat rumah Allah.. mcm xde ugame jahh korang2 niehh
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
adakah makhluk itu spt dlm filem 'Midnight Mass'(Netflix) tu???
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap leh nampak bentuk kaki mamat/minah hantu tu & tapak kaki terjulur time aku tgk vid ni kat YT, hantulah sangattt....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2021 09:08 PM | Show all posts
Korang dah kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini musti sumpahang ikang asdang ganu darul runtuh memang kepelekkang tangpa batasang, ustakkk mung tunggung akung datanggg, mung ni pung, mung pahang dokgi? Guaner nim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2021 11:29 PM | Show all posts
Halloween prank ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah xder kejerr sangat kee duk bt prank kat masjidd...? pelek2 laaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
...... Laki sape yang bongok sangat ni? Demi secebis clout?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.556554 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list