Sebuah kereta mengundur selepas laluan di sebuah jambatan angkat di bandar Leuven, Belgium terangkat secara tiba-tiba, baru baru ini.
Ketika kejadian pada 27 Oktober lalu, Jambatan angkat itu tiba-tiba dinaikkan tanpa mengeluarkan sebarang amaran.
Kenderaan itu dinaiki tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak.
Ia dinaikkan bagi memberi laluan kepada sebuah kapal belayar di bawah jambatan tersebut.
Kredit foto: Daily Mail/Reuters
Namun, kejadian itu menyebabkan kereta tersebut bergerak ke belakang dan seterusnya terbalik.
Anggota-anggota bomba kemudian menyelamatkan keluarga tersebut dengan menghantar mereka ke sebuah hospital.
Menurut laporan, ketiga-tiga mereka tidak mengalami kecederaan yang membawa maut.
Punca kejadian sedang disiasat pihak berkuasa.
Sumber: Sinar Harian |