Berbeza dengan guru lain, seorang guru matematik menggunakan pendekatan berbeza apabila menjadikan laman web lucah sebagai platform mengajar matematik ketika pandemik Covid-19 melanda dunia.
Siapa sangka, tindakan Changsu, 34, dari Taiwan mengajar matematik di sebuah laman web lucah memperoleh pendapatan lumayan mencecah 7.5 juta dollar Taiwan (RM1.1 juta).
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/31/114451fb5bsxsixbqxzdsf.png) Kredit foto: World Of Buzz
India Today melaporkan, Changsu mempunyai akaun berdaftar dengan laman web itu menggunakan nama changsumath666.
Video kaedah mempelajari matematik yang menggunakan moto 'aktif bermain, aktif belajar' itu menerima 1.3 juta tontonan dan 5,000 langganan.
Laman web lucah itu juga bukan medium pengajaran pertama Changsu menunjukkan teknik mempelajari matematik.
Sebelum ini laman web lucah lain juga dijadikan medium buatnya menunjukkan bakat, tetapi sambutan diterima tidak sebaik di laman web lucah sekarang.
Kredit foto: fanpage
Hampir semua video pengajarannya, Changsu mengenakan pakaian sama iaitu baju berwarna kelabu dengan kaca mata bingkai hitam.
Changsu memiliki gelaran master dalam mata pelajaran itu dan berpengalaman 15 tahun mengajar.
Sumber: Harian Metro |