View: 1230|Reply: 0
|
[Sarawak]
Lawas, Limbang tidak lagi terpencil
[Copy link]
|
|
LAWAS: Projek jajaran Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) sepanjang 77 kilometer (km) bernilai RM1.13 bilion menjadikan Daerah Lawas dan Limbang terus membangun.
Ini bermakna apabila projek siap sepenuhnya seluruh kawasan ini akan siap dihubungkan termasuk menghubungkan ke Ba’kelalan dan seterusnya mungkin.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, jajaran Lebuhraya Pan Borneo (LPB) itu juga akan membantu meningkatkan perhubungan serta ekonomi kawasan sekitar.
Menurutnya, kerajaan Sarawak menerusi Agensi Pembangunan Utara Sarawak (NRDA), membina jalan pesisir yang bukan sahaja menghubungkan Limbang dan Lawas tetapi juga Marudi ke Mulu.
"Sasaran kita menjelang 2026, semua kawasan di negeri ini akan dihubungkan dengan jalan raya,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Projek Membina Sarawak-Sabah Link Road (Lawas – Persimpangan Long Lopeng).
Turut hadir Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Beliau berkata, semua usaha pembangunan di kawasan utara telah dirancang dengan teliti bagi meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk tempatan.
Selain itu, bekalan elektrik termasuk air bersih menerusi grid air yang dijangka siap dalam tempoh beberapa tahun lagi bernilai RM700 juta memberi ,Andar kepada rakyat.
“Kita yakin banyak pelabur berminat untuk melabur di Lawas dan Limbang.
"Ibi kerana kawasan ini strategik serta mempunyai pelabuhan termasuk lapangan terbang baharu yang akan siap kelak," katanya.
credit
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|