"Memang setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran saya, dia mesti akan ada sekali. Dia tak pernah terlepas sambut hari jadi saya."
Zara Zya membuat peminat dan pengikutnya tertanya-tanya sama ada sedang menjalin hubungan dengab usahawan kosmetik Datuk Alha Alfa.
Masakan tidak, Ala ada bersama ketika aktres itu meraikan ulang tahun kelahirannya pada 22 Oktober lalu.
Kredit foto: IG
Memetik mStar, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menjelaskan hubungan mereka sekadar kawan dan sudah mengenali satu sama lain sejak lapan tahun lalu.
Lebih istimewa, Alha tidak pernah terlepas meraikan hari ulang tahun kelahiran pelakon berusia 36 tahun itu.
"Ramai orang ingat saya ada hubungan dengan Alha. Sejujurnya kami tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa pun.
"Sudah lama kami menjadi kawan baik. Sejak tujuh atau lapan tahun lalu kami kenal, sampailah sekarang hubungan persahabatan kami masih baik," katanya kepada mStar.
Kredit foto: IG
Video Zara bersama Alha mengunjungi Pusat Jagaan Sri Mesra, Ampang yang dimuat naik menarik perhatian ramai hingga ada yang menyangka mereka menjalin hubungan istimewa.
"Untuk tahun ini saya berfikir juga nak sambut hari lahir dekat mana. Tiba-tiba Alha bagi idea rumah orang-orang tua.
"Saya pun setuju la dan terfikir untuk ajak Ippo Hafiz yang beri cadangan pergi Pusat Jagaan Sri Mesra sebab dia dah banyak kali pergi.
"Apabila masuk rumah itu, kami disambut baik oleh jururawat yang menjaga ibu-ibu di situ dan semua orang dalam rumah itu gembira saja," ujarnya.
Kalau 'menjadi' dengan Alha pun, apa salahnya kan? Nampak sama padan, sweet je! - CARI
|