CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1592|Reply: 3

Fakta album Nevermind

[Copy link]
Post time 30-10-2021 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Fakta album Nevermind


NIRVANA dibarisi (dari kiri)Kurt Cobain, Krist Novoselic dan Dave Grohl.

TAHUN ini, album Nevermind daripada band grunge legenda, Nirvana sudah berusia 30 tahun.

Nevermind yang dipasarkan pada 24 September 1991 sering dianggap sebagai kebangkitan semula budaya punk dalam kalangan anak muda dan remaja Generasi X.

Selain itu, ia juga dikatakan bertanggungjawab membawa muzik grunge dan rock alternatif mendominasi arena muzik arus perdana sekali gus menamatkan populariti glam rock dan hair metal sebelum itu.

Lagu-lagu dalam album ini seperti Smells Like Teen Spirit, Come As You Are, In Bloom, Lithium, Breed, Drain You dan lain-lain membuatkan Kurt Cobain (penyanyi, gitar), Dave Grohl (dram) dan Krist Novoselic (bass) digilai di seluruh dunia!

Ia sesuatu yang mereka tidak pernah fikirkan ketika menubuhkan Nirvana pada 1987.

Sempena ulang tahun ke-30 tahun ini, berikut lima fakta menarik mengenai Nevermind :

1 - Jika anda ke kedai muzik pada 24 September 1991 lalu, anda akan dapati bukan saja album Nevermind, tetapi juga album rock yang juga bertaraf legenda iaitu Badmotorfinger (Soundgarden) dan Blood Sugar Sex Magik (Red Hot Chili Peppers) turut berada di pasaran pada hari yang sama.


ALBUM Nevermind sudah berusia 30 tahun sejak dilancarkan.

2 - Ketika Nevermind mula dipasarkan, syarikat rakaman Geffen Records hanya mensasarkan jualan sebanyak 250,000 unit. Bagaimanapun, jualannya meningkat hingga 500,000 unit dan lagu Smells Like Teen Spirit 'meletup' di sana sini. Pada satu ketika, ia mencatat jualan sebanyak 300,000 unit seminggu dan sehingga hari ini, ia sudah terjual lebih 30 juta unit di seluruh dunia.

3 - Pada 11 Januari 1992, Nevermind menduduki tangga teratas carta album Billboard 200. Ia mengenepikan album Michael Jackson, Dangerous yang sebelum itu menakluki carta selama empat minggu berturut-turut.

4 - Pada mulanya, Kurt Cobain mencadangkan kulit album Nevermind menggunakan gambar proses melahirkan anak dalam air, tetapi ia tidak dipersetujui oleh syarikat rakaman.

Mereka kemudian tampil dengan pelan B iaitu menggunakan gambar bayi lelaki dalam keadaan bogel sambil cuba mencapai wang kertas yang tersangkut di mata kail dalam kolam renang.

Jurugambar, Kirk Weddle memilih gambar bayi Spencer Elden yang ketika itu berusia empat bulan yang juga anak kepada rakannya.

Untuk gambar itu, keluarga Elden dibayar sebanyak AS200.

Pada Ogos lalu, Elden memfailkan saman terhadap Nirvana atas dakwaan eksploitasi seks.


ALBUM Nirvana terjual sehingga 30 juta walau jangkaan hanya 250,000 unit.

5 - Selepas menandatangani kontrak rakaman dengan Geffen Records pada April 1990, Nirvana merakam beberapa demo dengan penerbit, Butch Vig di Smart Studio, Madison, Amerika Syarikat.

Ketika itu mereka masih khidmat Chad Channing sebagai pemain dram sebelum digantikan Grohl beberapa bulan kemudian.

Grohl bermain dram untuk rakaman semua lagu dalam Nevermind, tetapi ketukan 'cymbal' dram dalam lagu balada akustik, Polly sebenarnya dimainkan oleh Channing. Difahamkan ia adalah sebahagian daripada sesi rakaman di Smart Studio itu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... kta-album-nevermind

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2021 11:10 AM | Show all posts
aku minat lagu polly...sedih bila tgk lirik...ade kisah sebaliknya
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols berjinak2 dgr lagu nirvana ni masa study. Sejak tu dgr lagu come as you are on the loop, sekali terjebak lagu bini Kurt tu jgk Malibu by kumpulan Hole huhu. Lagu Serve the Servants pon best tp album lain.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2021 06:49 PM | Show all posts
red hot chili peppers buat album yg hebat bila ada john je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.044218 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list